Mitos Air perigi masjid tak pernah kering - Bulletin Saya

Thursday 16 August 2018

Mitos Air perigi masjid tak pernah kering

0
Mitos Air perigi masjid tak pernah kering
SEREMBAN: Dek kerana air periginya yang dikhabarkan tidak pernah kering dan kononnya boleh dijadikan ‘ubat’ untuk menyembuhkan penyakit, Masjid Jamek Dato’ Bandar Haji Ahmad di sini, menjadi perhatian dari dulu hingga kini.

Keadaan itu menyebabkan ada pengunjung didapati melakukan perkara kurafat berdasarkan penemuan syiling di dalam perigi berkenaan.

Bercerita mengenai sejarah pembinaan perigi itu, Pengerusi Kariah, Datuk Abdul Wahab Mohd Hanipah berkata, perigi sedalam dua meter itu dibina sejak pembinaan masjid itu pada 1875.

“Pada waktu itu air perigi inilah yang digunakan oleh para jemaah untuk mengambil wuduk. Tapi yang uniknya ia tak pernah kering dan sehingga kini menjadi kegunaan di sini.

“Pengurusan masjid pun dah buat pengubahsuaian sekitar tahun 1990-an dengan besarkan lagi perigi dan memasang dua pam bagi memudahkan air masuk ke dalam kolah.

“Saya difahamkan sekitar tahun 1980-an ketika berlaku kejadian kemarau di sini, atas ihsan pengurusan masjid, penduduk kaum Cina Kampung Baru Rasah dibenarkan ambil perigi ini untuk kegunaan harian mereka,” katanya kepada Sinar Harian.




Duit syiling yang dijumpai di dalam perigi Masjid Jamek Dato’ Bandar Haji Ahmad.

Mitos mulut ke mulut

Oleh sebab itu katanya, berdasarkan pelbagai cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut, membuatkan ramai orang datang termasuk luar dari negeri ini untuk mengambil air perigi terbabit yang dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat.

Namun apa yang mengecewakan apabila ada perkara kurafat dilakukan dengan membuang syiling ke dalam perigi berkenaan.

“Pelbagai cerita yang saya dengar ada yang sakit, tapi amal mandi dengan air perigi ini akhirnya sembuh. Malah ada juga yang minumnya. Malah kaum lain pun ada datang minta izin nak ambil airnya.

“Hasil kesembuhan penyakit itu adalah dengan izin-Nya, bukan dari sesiapa. Janganlah kita meletakkan kepercayaan kesembuhan itu dari air perigi itu, jangan kita buat perkara bertentangan dengan agama,” katanya.

Beliau berkata, siak masjid yang mencuci perigi berkenaan akan mengumpul kesemua syiling berkenaan dan dimasukkan ke dalam tabung masjid.


Selain itu turut ditempatkan di masjid itu ialah Makam Datuk Syahbandar Haji Ahmad Haji Ali yang merupakan pengasas masjid berkenaan.

Pada awal pembinaannya, masjid ini hanya menempatkan seramai 60 jemaah, namun kini jumlahnya mencecah sehingga 1,400 orang selepas menjalani beberapa proses pengubahsuaian.

Kalau dilihat dimana-mana tempat sekalipun memang kebanyakkan disetiap masjid memang airnya selalu tidak pernah kering.

sumber:sinar harian
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment