Kenali Pewaris Takhta Sweden,Puteri Paling Banyak Terima Darjah Kebesaran Di Dunia - Bulletin Saya

Monday 21 January 2019

Kenali Pewaris Takhta Sweden,Puteri Paling Banyak Terima Darjah Kebesaran Di Dunia

0
Kenali Pewaris Takhta Sweden,Puteri Paling Banyak Terima Darjah Kebesaran Di Dunia

Anggun, bergaya dan bakal ditabalkan sebagai Ratu Sweden, kehidupan Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Victoria ini bertambah sempurna disamping suaminya iaitu Putera Daniel serta anak-anak mereka, Puteri Estelle dan Putera Oscar.
Beliau juga merupakan puteri sulung kepada Tuanku Raja Carl Gustav XVI dan Tuanku Permaisuri Silvia.
Berusia 40 tahun, Puteri Mahkota Sweden yang juga Duchess of Vastergotland tersebut dilahirkan pada 14 Julai 1977 dengan nama Victoria Ingrid Alice Desiree. Sejak diputerikan hinggalah pada April 2013, beliau menjadi pewaris pertama kerajaan dari kalangan wanita dalam monarki Eropah.
Ini bermakna, apabila menaiki takhta Sweden kelak, beliau merupakan pemerintah pertama Sweden dari kalangan wanita setelah Undang-undang Pewarisan Takhta 1810 diubah pada tahun 1979 bagi membolehkan anak pertama mewarisi takhta tanpa mengira jantina.
Menariknya, disebabkan gelaran dan tanggungjawab sebagai Puteri Mahkota, beliau banyak menerima darjah kebesaran dari negara luar. Puteri Mahkota Victoria juga seringkali menemani ayahanda dan bondanya melakukan lawatan rasmi ke luar negara bagi mengeratkan hubungan Sweden dengan negara luar.
Ayuh kita lihat antara darjah-darjah kebesaran yang pernah dikurniakan kepada beliau setakat ini dan gaun-gaun indah yang dipakai ke majlis-majlis rasmi. Wow, inilah gaya puteri raja yang sebenar!
(1) Jerman – Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of German 2003
(2) Denmark – Knight of the Order of the Elephant 1995
(3) Luxembourg – Grand Cross of the Order of Adolph of Nassau 2008
(4) Jepun – Grand Cordon of the Order of the Chrysanthemum 2007
(5) Austria – Grand Decoration of Honour in Gold with Sash for Services to the Republic of Austria
(6) Brazil – Grand Cross of the Order of the Southern Cross 2007
(7) Bulgaria – Cordon of the Order of Stara Planina 2007
(8) Estonia – Order of the Cross of Terra Mariana, First Class 1995
(9) Greece – Grand Cross of the Order of Honour 2008
(10) Finland – Grand Cross of the Order of the White Rose 1996
(11) Norway – Grand Cross of the Royal Norwegian Order of St. Olav 1995
(12) Latvia – Grand Officer of the Order Three Stars 2005
(13) Romania – Grand Cross of the Order of the Star of Romania 2008
(14) Perancis – Grand Cross of the National Order of Merit
(15) Jordan – Grand Cordon of the Supreme Order of the Renaissance 2003
(16) Malaysia – Darjah Seri Maharaja Mangku Negara Grand Commander of the Order of the Defender of the Realm 2005
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.
Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’.
Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selempang Darjah diperbuat daripada kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selempang terdapat jalur kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958. Rosmah Idayu Abu Samad
Kredit: Nona
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment