Datang Ambil UPSR Tanpa Mak,Tanpa Ayah - Bulletin Saya

Thursday 23 November 2017

Datang Ambil UPSR Tanpa Mak,Tanpa Ayah

0
Datang Ambil UPSR Tanpa Mak,Tanpa Ayah

KUALA PILAH – Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengambil keputusan tanpa ibu dan bapa di sisi.

Nur Fazlul Ain Azizan, 12, kehilangan bapa, Azizan Sahari, 43, dan ibu, Norbaiti Awang, 44, selepas pasangan itu maut dilanggar dua tayar yang tercabut dari sebuah lori pasir di Jalan Kuala Pilah-Juasseh di sini, 10 Ogos lalu.

Anak bongsu daripada lima beradik itu sedih melihat rakan lain datang bersama ibu bapa masing-masing, manakala dia hanya ditemani abang, Mohd Amirul Aiman, 17, dan ibu saudara, Zainun Awang, 54.

“Saya rindu sangat pada ayah dan ibu. Keputusan UPSR saya tak begitu elok selepas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di SK Batu Kikir di sini, hari ini.


Nur Fazlul Ain yang menyimpan impian menjadi guru, berhasrat meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad di Kampung Jambu Lapan, Bahau, tahun depan.

Beliau mahu mengikut jejak langkah kakak dan abangnya yang kini menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat.
Sementara itu, Zainun kini mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga daripada lima beradik itu dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment