Menerusi kapsyen gambar tersebut, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 30, menegaskan keperluan pengurusan jenazah merupakan kelengkapan yang wajib ada bagi semua orang.
Bagaimanapun, pengikutnya tidak dapat menangkap maksud tersirat yang ingin disampaikan sehinggalah penyanyi lagu Kalis Rindu itu mengumumkan tentang penyakit yang dihidapi selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 semalam.
Selepas pengumuman tersebut, rata-rata peminat Elyana mendoakan kesihatannya dan berharap agar dia kuat untuk melawan kanser limfoma yang dihidapi.
Elyana menghidap kanser limfoma tahap dua selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Cinta Sumayyah sekitar tujuh tahun lalu.
Pelakon drama Renjis itu turut berkata, doktor pernah memberitahunya bahawa dia hanya mempunyai masa selama setahun sahaja untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser berkenaan. - K! ONLINE