Kerusi Urut RM20,000 Hantaran Kahwin Datuk Jalaluddin Hassan - Bulletin Saya

Friday 10 November 2017

Kerusi Urut RM20,000 Hantaran Kahwin Datuk Jalaluddin Hassan

0
Kerusi Urut RM20,000 Hantaran Kahwin Datuk Jalaluddin Hassan

PELAKON veteran Datuk Jalaluddin Hassan akan melakukan kelainan dalam perkahwiannnya yang akan berlangsung Ahad ini dengan menghadiahkan kerusi urut sebagai barang hantaran kepada bakal isterinya.

Jalaluddin, 63, berkata, hadiah berkenaan bertujuan untuk kegunaan isterinya, Rapidah Abd Ghani, 44, berehat dan melegakan keletihan sewaktu berada di rumah.

“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya yang memberitahu kerusi tersebut berharga RM20,000.


Jalaluddin bakal melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah seorang ibu tunggal pada Ahad ini di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri-Isteri Ayah ini berkata, majlis istimewa itu diadakan secara sederhana memandangkan ia adalah perkahwinan keduanya.


Gambar kenangan Jalaluddin Hassan bersama arwah isterinya iaitu Hashimah.

“Kali ini saya tidak akan bersanding, buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah di masjid.

“Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Jalaluddin turut merancang untuk menziarahi pusara arwah isterinya pada pagi sebelum majlis akad nikah. Mengulas mengenai persiapan menjelang majlis berkenaan, dia berkata, semuanya berjalan lancar dan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantu.

“Sebab majlisnya ringkas sahaja, saya bagi anak dan menantu yang uruskan termasuklah membuat hantaran dan sebagainya,” ujar Jalaluddin. Pada 9 Oktober, mStar Online melaporkan Jalaluddin sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang dikenalinya melalui laman Facebook.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment