Marsha Dan Hajar Aswad - Bulletin Saya

Saturday 18 November 2017

Marsha Dan Hajar Aswad

0
WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dipermudahkan.


Namun, Marsha mengakui dia sedikit gusar untuk menjadi tetamu Allah kerana gelaran saudara baharu yang digalasnya.

Tetapi, perkara itu tidak mematahkan semangat Marsha untuk mendalami dan melaksanakan ibadat itu awal bulan lalu.

Menurut Marsha, dia mempersiapkan dirinya dengan menghadiri kelas agama bersama suami tercinta serta keluarga mentuanya.

Dapat Cium Hajar Aswad, Pengalaman Manis Marsha


Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh mengakui ibu mertuanya banyak membantunya sebagai ‘saudara baharu’ dalam melaksanakan ibadat tersebut.

“Saya bersyukur kerana keluarga mentua banyak memberi tunjuk ajar, terutama ibu mentua yang sering menunaikan umrah.

“Pelbagai andaian bermain di benak fikiran sebelum ke Tanah Suci apatah lagi mendengar pengalaman rakan-rakan.

“Sebagai mualaf, masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya ada mengikuti kelas agama sebelum berangkat ke Makkah.

“Alhamdulillah, ibadat umrah lancar dan semuanya dipermudahkan buat ‘orang baharu’ seperti saya,” katanya dipetik BH Online.


Menjadi impian utama untuk mencium Hajar Aswad bagi sesiapa sahaja yang berada di depan Kaabah. Namun, tidak semua orang berpeluang memegang dan menciumnya.

Penyanyi lagu Hilang ini sangat bersyukur dipilih untuk mencium batu syurga tersebut kerana dia tahu bukan mudah untuk berada rapat dengan kawasan hajar Aswad itu diletakkan.
“Ada yang bercerita tidak berpeluang mendapat nikmat itu, namun saya bersyukur dipermudahkan semuanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi ini menyimpan hasrat untuk kembali ke Tanah Suci itu lagi di masa akan datang.
Marsha, suami dan keluarga mertuanya bertolak ke Makkah pada 1 November lalu dan kembali ke tanah air pada Ahad lepas. 
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment