Resepsi Perkahwinan Di Raja Putera Harry Dan Meghan Di Istana Windsor - Bulletin Saya

Wednesday 29 November 2017

Resepsi Perkahwinan Di Raja Putera Harry Dan Meghan Di Istana Windsor

0
Resepsi Perkahwinan Di Raja Putera Harry Dan Meghan Di Istana Windsor

LONDON – Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle akan melangsungkan perkahwinan di Gereja St George dalam Istana Windsor pada Mei depan.

Menurut kenyataan Istana Kensington, tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.
Keluarga diraja England itu akan membiayai semua kos termasuk muzik, bunga-bungaan dan majlis resepsi.

Markle, 36, seorang penganut aliran Prostestan akan menjalani upacara pembaptisan dan pengesahan sebelum melangsungkan perkahwinan.

 Istana Windsor

Jurucakap putera itu berkata, Putera Harry dan Markle akan memastikan perkahwinan itu “mencerminkan siapa mereka sebagai pasangan”.

Jason Knauf berkata, Putera Harry, 33, dan Markle mengetuai proses perancangan untuk semua aspek perkahwinan dan akan menggabungkan idea bagaimana orang ramai boleh “merasakan sebahagian daripada perayaan”.

“Pernikahan ini, seperti semua perkawinan, akan menjadi momen indah dan mengembirakan dan kegembiraan yang mencerminkan karakter pengantin,” katanya.
Knauf menggambarkan Windsor merupakan tempat istimewa buat pasangan itu kerana mereka banyak meluang masa bersama di situ sejak berkenalan pada Julai 2016.

Harry, adalah pewaris takhta kelima dan telah mengumumkan pertunangan dengan Markle pada Isnin lalu.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment