Sering Terjadi Kejadian Aneh Di Gunong Agong,Bali... Banyak Jadual Penerbangan Terpaksa Dibatalkan - Bulletin Saya

Thursday 30 November 2017

Sering Terjadi Kejadian Aneh Di Gunong Agong,Bali... Banyak Jadual Penerbangan Terpaksa Dibatalkan

0
Sering Terjadi Kejadian Aneh Di Gunong Agong,Bali... Banyak Jadual Penerbangan Terpaksa Dibatalkan

PULAU Bali, Indonesia yang pada mulanya tenang kembali digegarkan dengan letusan Gunung Agung.

Gunung berapi itu yang menyimpan banyak kisah mistik telah menyebabkan banyak jadual penerbangan dibatalkan kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali ditutup pada Isnin lalu.

Ramai pelancong asing termasuk Malaysia terpaksa berkampung di pulau itu. Mereka menunggu sehingga pesawat komersial dibenarkan mendarat di lapangan terbang. 
Terkandas kerana letusan gunung berapi memang menjejaskan mood percutian. Namun, ia merupakan hakikat yang perlu dihadapi oleh pelancong asing.



Rakyat Malaysia yang terkandas perlu bersabar kerana tiada siapa menyangka Gunung Agung setinggi 3,031 meter boleh meletus sehingga mengganggu jadual pe­nerbangan. 
Letusan itu memberikan pengajaran berguna bahawa persediaan menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka perlu dilakukan oleh setiap pengembara dan pelancong.
Mujurlah Gabenor Bali, Made Pastika menggesa supaya hotel-hotel membenarkan pelancong asing menginap tanpa dikenakan bayaran tambahan kerana bencana itu. 
Sesuai dengan saranan itu, terdapat juga hotel sanggup memberikan diskaun kepada rak­yat Malaysia yang terkandas disebabkan letusan Gunung Agung.
Penulis berasa bersyukur kerana ketika bercuti di Bali baru-baru ini gunung berapi itu belum lagi meletus. Jika Gunung Agung meletus, nasib penulis juga mungkin sama dengan rakyat Malaysia yang terkandas.
Ketika berada di pulau peranginan itu, penulis tidak berkesempatan mendaki Gunung Agung seperti pelancong asing lain tetapi berpeluang mengunjungi Penelokan, Kintamani untuk melihat pemandangan Gunung Batur.


Ramai pelancong Malaysia melawat Penelokan bagi melihat pemandangan indah yang dihiasi dengan tasik di kawasan tanah tinggi.
Gunung berapi itu setinggi 1,717 meter terletak sejauh 48.9 kilometer dari Gunung Agung. Gunung Agung yang menjadi perbualan ramai ketika ini turut mempunyai pantang larang untuk pendaki. Terdapat cerita yang berlegar dalam kalangan penduduk Bali bahawa jika pendaki membawa daging lembu dipercayai pendakiannya akan terhalang disebabkan tiupan angin. 
Mengikut kepercayaan penduduk Bali yang beragama Hindu, pendaki-pendaki dilarang memakai baju berwarna merah dan hijau bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Wanita haid juga dilarang mendaki gunung tersebut. Kisah-kisah pelik itu banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar Indonesia.
Setiap kali bencana alam yang bakal berlaku, tersebarlah cerita seperti ratusan gajah lari dari kawasan pantai di Sri Lanka sebelum kedatangan tsunami pada tahun 2004. Deria haiwan yang mampu mengesan tsunami turut diakui oleh penyelidik binatang dari Perancis, Herve Fritz.
Situasi yang sama juga terjadi di sekitar Desa Adat Sogra, Kecamatan Selat, Karangasem, Bali. Menurut portal berita Tribun Bali pada 22 September lalu, sejumlah ekor ular dan kera telah turun dari Gunung Agung ke kawasan penempatan penduduk. 

Menurut seorang penduduk, Jro Mangku Wayan Sogra, haiwan tersebut mungkin dapat merasai suhu panas di gunung berapi itu.
Ini membuktikan kelakuan haiwan boleh digunakan untuk meramalkan kejadian tsunami dan letusan gunung berapi. Sebagai pelancong, rakyat Malaysia perlu menyediakan pelan kedua untuk kembali ke tanah air jika terkandas. 
  1. Menyewa kenderaan untuk pergi ke Surabaya de­ngan menaiki feri dari Bali merupakan alternatif terbaik untuk pulang ke tanah air.

Penulis percaya ramai pelancong asing yang terkandas menggunakan cara itu untuk mengelak daripada terkandas. Situasi tidak dijangka itu merupakan asam garam yang perlu ditempuhi oleh setiap pelancong.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment