Perkara itu menjadi tular selepas satu rakaman video dimuat naik ke portal Weibo memaparkan seorang lelaki memegang kain lut sinar yang menutup sebahagian dirinya dan memaparkan pandangan seolah-olah menembusi badannya.
Rakaman video itu sudah ditonton lebih 21.4 juta kali dan dikongsi ratusan pelayar internet dan portal berita termasuk oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Kementerian Keselamatan Awam, Chen Shiqu.
Shiqu sewaktu berkongsi video itu menerusi akaun Weibo pada 4 Disember lalu ada menyatakan kain itu amat berguna dalam bidang ketenteraan.
Sekumpulan pengarah video mengesahkan rakaman itu diedit menggunakan beberapa perisian komputer seperti Adobe After Effects, Nuke atau Blackmagic Fusion. – Agensi