Martabak Manis 'Paling Wow' Di Jakarta! - Bulletin Saya

Saturday 23 December 2017

Martabak Manis 'Paling Wow' Di Jakarta!

0
Martabak Manis 'Paling Wow' Di Jakarta!

TIDAK dapat dinafikan Jakarta adalah pusat makanan Indonesia dengan nasi padang menjadi antara menu kegemaran masyarakat tempatan dan pelancong.

Tetapi, kota ini juga terkenal dengan martabak manisnya.

Martabak manis adalah sejenis snek atau makanan pencuci mulut Indonesia yang dimasak dalam acuan leper bulat, mempunyai kerak yang rangup di bahagian tepinya dan dienakkan dengan aneka 'topping' seperti taburan coklat, kacang, keju dan macam-macam lagi.



-foto Instagram pecenongan43

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak gerai martabak manis yang 'muncul' di bandar ini kerana populariti dan permintaannya yang tinggi, baik daripada masyarakat tempatan mahu pun pelancong.

Sudah tentulah situasi ini membuatkan para peniaga berlumba-lumba untuk menawarkan menu ini dengan cara paling menarik, kreatif dan yang penting memenuhi selera pelanggannya.

Antara perasa atau taburan (topping) yang mendapat perhatian ramai termasuklah taburan coklat manis, Nutella, Toblerone, Ovaltine, kacang tanah atau durian.
Jika anda bercuti ke Jakarta, berikut disenaraikan lokasi-lokasi popular yang menjual hidangan ini.

Martabak Pecenongan 65A




Martabak Pecenongan 65A di Jalan Pecenongan, Jakarta Pusat, dikatakan menjadi perintis martabak premium di Jakarta apabila menggunakan topping mahal seperti Nutella dan Toblerone.

Jika tidak suka makanan manis, anda boleh mencuba martabak telur, dan jangan lupa juga mencuba martabak 'crispy'.

Alamat:
1- Jalan Pecenongan Raya No 65A, Jakarta Pusat
2- Pantai Indah Selatan 1, Ruko PIK Elang Laut Blok D No 28, Jakarta Utara

Martabak Pecenongan 43




Juga terletak di Jalan Pecenongan, Martabak Pecenongan 43 adalah pesaing terdekat 65A.

Dari segi rasa, ada yang gemarkan Martabak 43 dan ada juga memilih 65A, tetapi ada yang berpendapat Martabak 43 lebih konsisten dari segi kualiti walaupun pelanggannnya ramai.

Jika anda ke Martabak 43A, kami cadangkan anda mencuba 'topping' Nutella dan martabak rangup dengan topping mentega kacang JIF.

Alamat:
Martabak Pecenongan 43, Jalan Pecenongan no. 57

Martabak Orins



-foto IG martabakpizzaorins

Walaupun saiz sebiji martabak agak besar untuk dimakan secara individu, Martabak Orins terkenal dengan martabak mini yang saiz seperti tapak tangan orang dewasa.

Orins juga pakar dalam membuat martabak pizza. Martabak biasa selalunya dilipat selepas dikeluarkan dari acuan, tetapi Orins membiarkannya ia terbuka dengan topping ditaburkan di atas.



-foto IG martabakpizzaorins

Orins sangat 'bermurah hati' dengan topping mereka, walaupun ia bersaiz mini.
Untuk pilihan yang lebih sihat, cubalah martabak mini dengan keju cheddar dan jagung manis.

Alamat:
Jalan Cut Meutia no. 1 (ditambah 13 lokasi lain di Kawasan Greater Jakarta)

Martabak Boss



-foto IG martabakboss

Martabak Boss boleh dikatakan sebagai 'pendahulu' martabak DIY, yang mungkin boleh membuatkan anda keliru untuk membuat pesanan.

Anda boleh mula 'membina' martabak anda dengan memilih doh asas seperti taro, durian dan red velvet dan kemudian memilih topping premium seperti Nutella, Toblerone dan KitKat Green Tea atau pilih saja topping biasa seperti keju, kacang tanah dan taburan coklat.

Harganya agak mahal, bergantung kepada pilihan yang dibuat pelanggan.

Ada juga yang membuat martabak omelette berintikan salmon, steak daging lembu, tuna.
Alamat:
Martabak Boss, Food Art Menteng (ditambah 7 lokasi lain di Jakarta)

teruskan membaca di Mstar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment