Elfira Roy Dah Tinggi Makan Produk Tinggi Neelofa - Bulletin Saya

Thursday 26 April 2018

Elfira Roy Dah Tinggi Makan Produk Tinggi Neelofa

0
Elfira Roy Dah Tinggi Makan Produk Tinggi Neelofa

KUALA LUMPUR: Selepas kecoh dengan isu Neelofa yang dikatakan mempromosi ubat didakwa boleh menambah ketinggian, tumpuan terarah pula kepada Elfira Loy yang mengakui keberkesanan produk terbabit.
Berkongsi pengakuan dalam Twitter, Elfira mendakwa produk 'peninggi' yang dicuba untuk suatu tempoh, didapati berkesan. Kenyataan itu pantas mencetus perdebatan dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan perkara itu.



Menyedari polemik tidak berkesudahan, Elfira meminta perbincangan mengenai produk 'peninggi' itu dihentikan atas alasan 'jijik' melihat netizen membincangkan perkara yang mereka tidak pasti.
"Maaf, isu ini (perdebatan terhadap keberkesanan produk 'peninggi') dibuat melalui di 'timeline' saya. Pernahkah kamu mencubanya? Saya pernah... Ia berkesan seketika buat saya sebelum ini. Jadi, berhenti bercakap yang bukan-bukan.
"Rasa jijik melihat orang buat pandai dan acah nak komen juga... Nota buat semua," katanya pada entri yang dimuatnaik pada akaun Twitter, pagi tadi.
Perkongsian Elfira mengenai produk 'peninggi' itu pantas mendapat reaksi netizen. Malah, seorang pengguna yang mendakwa dirinya doktor, berkongsi maklumat bahawa ketinggian manusia terhenti selepas usia 21 tahun.
Pengguna terbabit juga bertanya apakah Elfira kembali kepada ketinggian asal selepas berhenti mengamalkannya.
Elfira dilihat membalas komen itu sambil menegaskan ketinggiannya naik beberapa sentimeter selepas mengamalkan produk terbabit.
Enggan mengalah, Elfira terus mempertahankan kenyataan dibuat sebelum memilih berdiam diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
"Sumpah... Demi Allah saya mencuba produk itu. Apa yang saya buat-buat pandai? Maksud saya, dalam jangka masa pendek, saya boleh melihat ia berkesan pada saya. Selepas tidak mengambil produk itu, saya tak tahu.
"Saya tak tahu nak terangkan bagaimana... Ia seperti jika badan kita ada kalsium yang tidak berkembang, ia membantu.
"Tetapi jika badan awak memiliki kalsium yang dah besar, memang benda itu tidak berhasil.... Begitulah," katanya.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment