Seram....Baring Dalam Keranda,Dapat Diskaun - Bulletin Saya

Friday 20 April 2018

Seram....Baring Dalam Keranda,Dapat Diskaun

0
Seram...Baring Dalam Keranda,Dapat Diskaun

MENYERAMKAN. Itulah gambaran sebuah kafe terkenal di Bangkok yang menawarkan konsep menyeramkan kepada pelanggan yang datang.


Premis yang boleh dikatakan unik itu menyediakan suasana persis berada di alam kematian lengkap dengan keranda dan rangka manusia.


Apa yang menarik, bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan diskaun hanya perlu berbaring di dalam keranda yang disediakan untuk beberapa minit.


Kafe yang diberi nama 'Kid Mai Death' membawa maksud fikiran baru. Ia dibuat berasaskan kepercayaan Buddha yang mahu pengikutnya sentiasa mengingati mati supaya menjalani kehidupan dengan lebih baik.


Menurut pemilik premis itu, Veeranut Rajonaprapa seperti yang dipetik dalam Harian Metro, tujuan beliau mengadakan konsep ini untuk memberikan satu pandangan lain mengenai kehidupan kepada pelanggan.


kid-mai-death-cafe

"Kafe ini bukan hanya gimik untuk menarik perhatian tetapi memberi peluang kepada pelanggan untuk menilai semula kehidupan", kata Veeranut.


Menurutnya lagi, memandangkan golongan muda kini begitu taksub dengan teknologi, keranda itu adalah salah satu usaha untuk memberi peluang beberapa minit kepada mereka untuk menilai semula kehidupan dan segala pilihan yang telah dibuat dalam kehidupan.


" Apabila kita merasai kematian, kita akan lebih menghargai kehidupan dan membuat kita merasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki hari ini", tambahnya lagi.


Bagi pemilik premis itu lagi, kehidupan ini begitu singkat, maka dengan wujudnya premis ini dapat mengingatkan kita supaya menjalani kehidupan dengan gembira.


Menurut seorang pelanggan yang sempat ditemubual seperti yang dipetik dalam laporan berita tersebut, "Ramai yang mahukan suasana seperti ini di tengah hari Sabtu, yang mana ia persis berada di upacara pengebumian."-kosmo
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment