Cantiknya Sepatu Kaca Cinderella Ciptaan Jimmy Choo - Bulletin Saya

Friday 18 May 2018

Cantiknya Sepatu Kaca Cinderella Ciptaan Jimmy Choo

0
Cantiknya Sepatu Kaca Cinderella Ciptaan Jimmy Choo

Sudah menjadi impian ramai gadis di luar sana untuk menyarung sepatu kaca dalam kisah dongeng Cinderella dan nampaknya Jimmy Choo telah merealisasikan impian jutaan gadis itu dengan visi terbarunya melalui koleksi ikonik ‘Cinderella’ mereka.



Bertatahkan permata Swarovski, koleksi ini turut menampilkan beberapa rona baru dan juga sepatu berserta tas tangan yang boleh membuatkan the original Cinderella bangga mahupun cemburu.


Yang istimewanya koleksi kali ini adalah setiap pasang sepatu akan dibuat khas berdasarkan tempahan anda dan setiap satunya menampilkan 7000 biji kristal Swarovski yang tersedia dalam tiga bentuk berbeza; dari kasut flats hingga ke tumit tinggi berukuran 110mm.

Turut memeriahkan koleksi ini adalah rangkaian beg kepit yang sesuai dipadankan dengan sepatu Cinderella ini. Dari rona shimmering blackgolden mix, dan crystal setiap satunya mengangkat personaliti anda dan memberikan anda aura puteri raja yang diidamkan.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment