Sandal murah tapi selesa vs beg Hermes Birkin yang didambakan.Mana Satu Pilihan Anda? - Bulletin Saya

Monday 21 May 2018

Sandal murah tapi selesa vs beg Hermes Birkin yang didambakan.Mana Satu Pilihan Anda?

0
Sandal murah tetapi selesa vs beg Hermes Birkin yang didambakan,Mana Satu Pilihan Anda?

BIRKIN, jenama beg tangan mewah dari Perancis yang dianggap simbol status dan kekayaan menjadi perhatian dunia apabila ia diangkut menggunakan troli oleh polis Malaysia.

Ia berikutan serbuan pihak polis ke kondominium mewah bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang berjaya merampas 284 kotak berisi tas tangan berjenama mewah antaranya Hermes, dan Louis Vuitton.

Berdozen kotak oren mengandungi beg tangan jenama Hermes dipercayai milik isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor telah menarik perhatian ramai.

Harga sebuah beg tangan Hermes Birkin boleh mencecah dari $8,000 (RM31, 776) hingga ratusan ribu ringgit dan 'kegilaan' Rosmah terhadap beg jenama tersebut menjadi bualan warga Twitter, di mana #Birkin telah menjadi trending.

"Victoria Beckham terkenal kerana memiliki 100 beg Birkin tetapi nampaknya ada orang lain telah mengambil alih takhtanya," kata seorang pengguna Twitter.

"Belanja mingguan? Beg tangan Birkin dari sebuah apartmen yang dikaitkan dengan bekas PM Najib, ke sebuah rumah baru di balai polis," tulis Jonathan Head@PakHead.

Ada juga yang mengatakan mereka tidak sedar bahawa beg mewah sedemikian wujud sehingga kes Rosmah muncul.

Berikutan rampasan terbabit, Rosmah turut dibandingkan dengan bekas wanita pertama dari Filipina, Imelda Marcos yang terkenal dengan kecintaannya terhadap kasut dan perhiasan.

Namun, disebalik kekalutan menyelubungi serbuan, perdana menteri baharu, Tun Mahathir Mohammad telah dilihat memakai sepasang sandal Bata berwarna coklat di sebuah masjid.

"Tun Mahathir kita tidak perlu tidak ada Gucci atau Hermes, hanya Bata sudah memadai," kata seorang pengguna Instagram yang mula-mula berkongsi gambar Tun Mahathir dalam 'posting' yang kemudian menjadi viral.

Bata, jenama murah dari Swiss yang popular dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia dan Singapura, turut mendapat manfaat apabila sandal tersebut dikatakan habis dijual menerusi online. - 

sumber:BBC
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment