Air Force One bawa Trump ke Singapura - Bulletin Saya

Sunday 10 June 2018

Air Force One bawa Trump ke Singapura

0
Air Force One bawa Trump ke Singapura
WASHINGTON: Presiden Donald Trump telah meninggalkan sidang kemuncak G7 lebih awal dan menaiki pesawat Air Force One untuk ke Singapura.

Kenyataan Rumah Putih menyebut, beliau dijangka mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Paya Lebar pada jam 8.35 malam, Ahad.

Menurut portal berita digital Singapura, Today, Trump menyifatkan pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, sebagai 'misi keamanan'.

"Objektif saya jelas, tetapi pada tahap ini ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia melibatkan pemimpin yang benar-benar tidak diketahui personalitinya," kata Trump pada sidang akhbar sebelum berlepas.

Korea Utara menolak untuk membatalkan program senjata nuklearnya sebelah pihak dan mempertahankan ia sebagai penghalang kepada apa yang dilihat sebagai pencerobohan Amerika Syarikat.


Ketika ini, AS menempatkan 28,500 tentera di Korea Selatan sebagai legasi Perang Korea.
"Ini adalah wilayah tidak diketahui. Namun saya yakin.

"Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini, tidak pernah diuji. Jadi, kami mengadakan pertemuan dengan semangat yang benar-benar positif," katanya. - Reuters
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment