Balang Tempat Gergasi Minum Air Di Jumpai Di Laos - Bulletin Saya

Friday 24 May 2019

Balang Tempat Gergasi Minum Air Di Jumpai Di Laos

0
Balang Tempat Gergasi Minum Air Di Jumpai Di Laos



XIANGKHOUANG, Laos - Sekumpulan penyelidik menemui sebanyak 137 'balang batu kematian' yang dianggarkan berusia lebih 1,000 tahun di sini baru-baru, lapor akhbar Daily Mail.

Bekas batu berbentuk cawan setinggi 3 meter dengan berat 2 tan itu tidak diketahui fungsinya tetapi dipercayai digunakan untuk menyimpan mayat manusia atau upacara pengebumian.


Mitos penduduk tempatan mendakwa bahawa balang batu itu sebenarnya cawan milik sekumpulan gergasi yang gemar minum hingga mabuk.

Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Australia menemui beberapa balang batu baharu di 15 kawasan terpencil dan hutan di kawasan pergunungan dekat sini pada tahun 2015.

“Persoalan mengapa tapak-tapak ini dipilih sebagai lokasi menempatkan balang-balang batu itu masih menjadi satu misteri,” kata pakar arkeologi universiti berkenaan, Dougald O’Reilly.

Kumpulan penyelidik itu merancang untuk memeriksa kaitan balang batu Laos dengan balang batu serupa yang ditemui di negeri Assam, India serta di Sulawesi, Indonesia. - Agensi


Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment