Ramai Artis Cerai,AC MIzal Kongsi Rahsia Bilik Tidur - Bulletin Saya

Saturday 3 August 2019

Ramai Artis Cerai,AC MIzal Kongsi Rahsia Bilik Tidur

1
Ramai Artis Cerai,AC MIzal Kongsi Rahsia Bilik Tidur

Tegas dengan prinsip, rumah tangga bukanlah berlandas semata-mata kerana cinta, sebaliknya Datuk AC Mizal turut menegaskan perkahwinan usah disandarkan hanya kerana nafssu dan cinta.

Lebih 17 tahun melayari rumah tangga bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida, bintang yang mesra disapa Datuk AC ini memaklumkan hubungan mereka terbina menerusi persefahaman dan kepercayaan.

Malah, dia turut berkongsi rahsia, paling penting adalah bilik tidur! Ramai terutama para wanita sibuk mencantiikan diri di hadapan cermin, dan terlupa antara rahsia utama keharmonian rumah tangga, kekemasan bilik tidur.

Ramai ketawa dengan rahsia ini. Tetapi jauh disudut hati, para suami pasti setuju dengan petua ini!

Banyak kisah kita lihat, suami malas balik rumah awal, sanggup lepak lama-lama diofis atau  berehat di luar berbanding pulang ke rumah.
“Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas.
Bilik tidur adalah tempat untuk kita luangkan masa berdua dengan isteri.
Ada pasangan yang malas kemas bilik
“Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, pulang daripada kerja dengan kepala kuusut, pasti boleh menimbulkan pergaduhan,” kongsinya kepada MH.
Memang suami tak berkata apa, tetapi lama2 memang terkeluar saat pergaduhan.

Tambahnya lagi, ijabkabul bukan hanya termetrai atas suka sama suka sahaja, tetapi hal lain juga perlu diambil kira.
“Apabila kita berkahwin atas dasar cinta, itu yang menjadi masalah kerana cinta sebenarnya ada banyak kepura-puraan.
Orang muda seronok nak kahwin, tapi lupa tanggungjawab menanti. Lebih2 lagi jika isteri sudah bekerja punya ego sendiri, ada duit sendiri.
“Jadikan suami atau isteri sebagai kawan baik untuk berkongsi semua masalah dan saya tidak faham apabila ada pendapat mengatakan suami isteri tidak boleh kerja bersama, bimbang masalah kerja berlanjutan ke bilik tidur.
“Bagi saya jika begitu, lebih baik tak payah berkahwin. Persefahaman penting dan mungkin sebab itu jugalah kami selesa bekerja bersama,” tambahnya lagi.

Setuju dengan pendapat si suami, jelas Emylia mereka sering bersama dalam apa jua perkara yang dilakukan.

“Kami sering berbincang dan buat sesuatu bersama. Lagipun saya yang uruskan kerjaya suami,” katanya ringkas.

Menyorot kisah duka dunia hiburan yang kerap dipaparkan mengenai perceraian artis kebelakangan ini, pengacara senior itu turut membayangkan, setengah selebriti muda terlalu 0bses dengan media sosial.

“Apa yang dapat saya simpulkan, ada artis muda terlalu 0bses dengan media sosial sehingga memberi ruang untuk orang luar masuk campur dalam masalah mereka.

Bagi saya tidak perlu kongsi segala-galanya di media sosial. Malah, rasanya pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung,” tegasnya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabul pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Sumber : Mediahiburan
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

1 comment: