Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19 - Bulletin Saya

Monday 27 April 2020

Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19

0
Kim Jong Un Hilang Selepas Pengawal Peribadi Hidap Covid 19
PELBAGAI spekulasi bertiup kencang mengenai keadaan semasa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.


Selepas dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu malam, Korea Utara tampil menafikan berita itu.

Malah kata penasihat polisi asing presiden Korea Utara, Moon Chung-in, Kim Jong Un masih hidup dan sihat.

Dia kini berada di Wonsan, sejak 13 April lalu.

Namun timbul pula cerita mendakwa Kim Jong Un menghilangkan diri selepas seorang pengawal peribadinya disyaki terkena jangkitan Covid-19.

Spekulasi itu timbul selepas Kim Jong Un tidak menghadirkan diri sewaktu sambutan kelahiran datuknya, Kim Il-sung pada 15 April lalu.

Bagaimanapun, sikap berahsia Korea Utara menyebabkan status kesihatan semasa Kim Jong Un masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

sumber- Daily Star.

T
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment