KENALI TOMBIRUO PENUNGGU HUTAN KENINGAU - Bulletin Saya

Sunday, 29 October 2017

KENALI TOMBIRUO PENUNGGU HUTAN KENINGAU

0
TOMBIRUO PENUNGGU HUTAN KENINGAU

DALAM kalangan masyarakat di semenanjung Malaysia, gambaran hantu itu terdiri daripada pelbagai jenis dan bayangan termasuklah toyol, puntianak, penanggal, langsuir dan pocong.

Namun, di Sabah mereka lebih sinonim dengan nama-nama lain termasuk balan-balan (menyerupai penanggal) dan tombiruo dari kepercayaan kaum Kadazan Dusun.

Walaupun panggilan tombiruo itu agak janggal dalam masyarakat semenanjung, namun menerusi karya novelis kelahiran Papar, Sabah ini, kita dapat mengenali entiti itu dengan lebih jelas menerusi novelnya.
Menurut Ramlee Awang Murshid, tombiruo itu sebenarnya merujuk kepada hantu namun, tidak ditetapkan bentuknya.
“Di Sabah, terlalu banyak etnik dan tombiruo ini lebih sinonim dalam masyarakat Kadazan Dusun. Malah, ianya adalah istilah yang jarang digunakan dalam masyarakat di Sabah.

“Dari situ, saya cuba memperkenalkan tombiruo menerusi, Tombiruo : Penunggu Hutan. Namun, dalam penyampaian itu, saya memperkenalkan Tombiruo bukanlah sekadar hantu semata-mata, ia lebih kepada hero.
“Senang cerita, Tombiruo adalah semangat dan roh yang tidak berbentuk tapi bersifat. Sifatnya adalah menakutkan dan muncul dalam pelbagai gambaran,” katanya.
Meskipun masyarakat sering dimomokkan dengan kisah-kisah hantu, namun novelis thriller terkenal ini mengakui bahawa dia tidak pernah terserempak atau menjumpai ‘tombiruo’ secara jelas.

“Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah jumpa hantu. Namun, ketika di kampung saya dahulu, saya pernah terlihat satu objek yang berwarna putih melayang-layang.
“Ketika itu saya ingin ke tandas yang berada di luar kawasan rumah. Objek itu saya lihat berada di kawasan rumah jiran saya.

“Pada sekitar tahun 80 an, saya pernah nampak bintang di langit. Namun, setelah saya ucap Subhanallah, bintang itu pecah,” katanya yang mengakui bapanya pernah menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di tempat kerjanya di penjara.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment