Amalkan Makanan Sunnah Ini Dan Dapatkan Kulit Secantik Wanita Arab - Bulletin Saya

Thursday 30 November 2017

Amalkan Makanan Sunnah Ini Dan Dapatkan Kulit Secantik Wanita Arab

0
Amalkan Makanan Sunnah Ini Dan Dapatkan Kulit Secantik Wanita Arab

Kecantikan wanita Arab memang tidak dapat disangkal lagi. Kagum dengan kulitnya yang putih dan halus, bibir merah merekah serta mata bundar di sebalik hijab yang menutup wajahnya. 

Sekali pandang, hati pasti tertawan melihat mereka.

Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka. Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka hanya amalkan 6 makanan sunah untuk tujuan kecantikan.

 Jom cuba amalan mereka, mana tahu kulit anda pula semakin cantik lepas ni.

1. Bunga Saffron atau Za’faran


Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.

2. Minyak Zaitun


Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.

3. Pati Delima


Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.

4. Cuka Tamar atau Cuka Epal


Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.

5. Habbatussauda


Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.

6. Madu


Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment