Bimbang Dihantui,Kubur Di Gali.... Wajah Ahli Sihir Abad Ke-17 Dihidupkan Semula - Bulletin Saya

Thursday 2 November 2017

Bimbang Dihantui,Kubur Di Gali.... Wajah Ahli Sihir Abad Ke-17 Dihidupkan Semula

0
Bimbang Dihantui,Kubur Di Gali.... Wajah Ahli Sihir Abad Ke-17 Dihidupkan Semula

Fife Council archaeologist Douglas Speirs uncovered the Torryburn slab

MUKA seorang wanita yang digelar sebagai ahli sihir dan meninggal dunia dalam penjara sebelum sempat dibakar hidup-hidup pada kurun ke-18, telah dibentuk semula dengan menggunakan teknologi sains.

Lilias Adie, dari Torryburn, Fife, meninggal dunia pada 1704 atas tuduhan melakukan seks dengan syaitan.

Mukanya dibentuk semula dengan bantuan artis forensik Centre for Anatomy and Human Identification, di Universiti Dundee, dengan menggunakan tengkoraknya.

Saintis percaya ia merupakan bentuk paling tepat.

“Inilah wajah wanita itu walaupun daripada cerita yang kita dengar, agak sukar memandang matanya,’’ kata saintis terbabit, Dr Christopher Rynn.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, apa yang menimpa Lilias dianggap sebagai mangsa kekejaman.

“Lilias telah dihukum bakar hingga mati namun dia meninggal dunia dalam penjara. Tetapi ada teori lain yang menyatakan dia membunuh diri,’’ kata Dr. Christopher.

Penduduk setempat telah mencari semula kubur Lilias, kemungkinan untuk mengelakkannya daripada kembali menghantui mereka.

Tengkoraknya disimpan di muzium Universiti St Andrews.Tengkorak itu kemudiannya hilang dan kemudiannya ditemui serta disimpan di Perpustakaan Nasional Scotland.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment