Bukan Calang Calang,Kenali Tunang Shila Hamzah - Bulletin Saya

Saturday 4 November 2017

Bukan Calang Calang,Kenali Tunang Shila Hamzah

0
Bukan Calang Calang,Kenali Tunang Shila Hamzah

Penyanyi hebat Shila Amzah kini telah selamat bergelar tunangan orang.

Beberapa keping gambar pertunangan penyanyi ini telah tersebar di laman media sosial.

Pasangan ini mengenakan pakaian secocok berwarna pink atau purple lembut.

Tidak banyak yang diketahui tentang hal pertunangan ini namun menerusi perkongsian ERA FM, jejaka berkenaan bernama Haris.

Di laman sosial milik Shila Amzah banyak peminat mula mengucapkan jutaan tahniah kepada Shila Amzah di atas pertunangannya dengan Haris.

Sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Shila Amzah tentang pertunangan ini.

Jom kita layan dulu beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan Shila Amzah dan Haris.

Ini fotonya:



Jejaka yang menjadi pilihan Shila Amzah bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. 

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Berikut merupakan video yang sempat dirakamkan di majlis pertunangan Shila Amzah. Kami akan kemaskini maklumat terbaru tidak lama lagi.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment