Fattah Banyak Cakap,Fazura Terpikat - Bulletin Saya

Friday, 24 November 2017

Fattah Banyak Cakap,Fazura Terpikat

0
Fattah Banyak Cakap,Fazura Terpikat

Terjawab sudah segala spekulasi dan persoalan mengenai status sebenar hubungan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura selepas pasangan itu mengaku mereka sudah bertunang.
Sejurus pulang daripada mengerjakan Umrah, Fattah, 27, dan Fazura, 34, tampil mengesahkan mereka melangsungkan majlis itu pada 13 November lalu di rumah nenek Fazura di Petang Jaya dan bukan bernikah seperti yang diperkatakan.

Dari Mulut Fattah

Alhamdulillah pada 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang.
Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan Umrah. Kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan, kata Fattah kepada pihak media.
Menurut Fattah, mereka juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain namun pelbagai spekulasi yang timbul ketika mereka berada di Tanah Suci.
Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin.
Kami nak kongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul, ujarnya.
Pasangan ini juga menafikan pada 14 November lalu ada majlis pernikahan seperti yang dihebohkan.
Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah.
Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai, katanya.


Fattah dan Fazura merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat (Disember) tetapi resepsi mungkin akan diadakan pada tahun depan.
Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.
Tersebar khabar angin Fattah dan Fazura memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Cerita Lamaran Dari Fattah Amin Pada Fazura

Bercerita tentang penerimaan hubungan ini, Fazura berkongsi cerita romantik bagaimana dirinya boleh menerima lamaran Fattah Amin sekali sahaja.
Fattah banyak kali cakap, kawin nak, kawin nak.
Sebenarnya kalau diikutkan Fazura memang jenis pentingkan karier dan ini buat dia fikir banyak kali juga nak terima Fattah tetapi bila nampak kesungguhan Fattah, dia terbuka hati dengan keikhlasan pelakon lelaki ini.
Sekarang tengah bersedia untuk pergi kursus kahwin, lagipun jadual mereka berdua pun cukup padat. Jadi pihak pengurusan yang akan uruskan tarikh perkahwinan nanti.

Penampilan Bertudung

Nampak manis dan cantik apabila Fazura memakai hijab, namun apabila disoal sejauh mana penampilannya itu, Fazura cuma berharap netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment