Tanggang moden dari Melaka bolot harta
DAUT (tengah) dan Amir Hamzah pada sidang akhbar di Pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional, Kota Cemerlang, Melaka semalam.
MELAKA – Seorang bapa berusia 82 tahun mendakwa tidak dipedulikan tujuh anaknya selepas kesemua harta miliknya termasuk tiga buah stesen minyak dan empat hektar tanah bernilai kira-kira RM4 juta dibolot oleh mereka.
Daut@Md. Kassim Jali, 82, berkata, pada awalnya kesemua harta yang diusahakannya sendiri sejak tahun 1969 itu diberikan secara suci hati atas dasar kasih dan sayang terhadap anak-anak, namun tidak menyangka dia akhirnya dipinggirkan keluarga selepas masing-masing memperoleh pendapatan lumayan.
Jelasnya, dia telah dihalang untuk pulang ke rumah sendiri untuk bertemu isteri pertama di Lubok China, Melaka manakala segala keuntungan hasil daripada perniagaan ketiga-tiga stesen minyak, hasil ladang kelapa sawit dan ladang ayam yang sebelum ini miliknya telah dinafikan haknya.
Stesen minyak yang diusahakan Daut di Jasin, Melaka yang kini menjadi milik anaknya.
Ketujuh-tujuh anaknya itu, empat lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 41 hingga 58 tahun, merupakan anak bersama isteri pertamanya.
Isteri pertama Daut kini berusia 70 tahun manakala isteri kedua dalam lingkungan 60-an.
“Saya tidak sangka anak-anak tergamak memperlakukan saya sebegini. Malah walaupun saya menghidap penyakit angin ahmar dan memerlukan wang untuk rawatan, mereka tetap tidak mempedulikan saya.
Agensi