Sunyi,Gelap Dan Roh Selubungi Hutan Aokigahara - Bulletin Saya

Thursday 4 January 2018

Sunyi,Gelap Dan Roh Selubungi Hutan Aokigahara

0
Sunyi,Gelap Dan Roh Selebungi Hutan Aokigahara

Aokigahara adalah hutan seluas 35,000 kilometer persegi yang menjangkau dari kaki Gunung Fuji. Hutan ini telah wujud selama 1200 tahun.

 Sejak tahun 50-an, hutan ini menjadi tempat yang terkenal dengan kes bunuh diri. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 40,000 ribu orang membunuh diri setiap tahun dan 400 daripadanya adalah di hutan Aokigahara ini.


Ada yang mengatakan bahawa suasana di dalam hutan ini sangat sunyi dan senyap. Kedudukan pokok-pokoknya yang rapat telah menghalang angin dan cahaya matahari dari memasuki ruang hutan. 

Selain itu, kompas juga tidak berfungsi dengan baik di dalam hutan ini. Kebanyakan pendaki yang meneroka hutan Aokigahara ini  mendakwa agak sukar untuk menemui jalan keluar yang ingin ditujui disebabkan kawasannya yang gelap dan sunyi.

Cara kematian seseorang  itu adalah dengan menggantungkan diri mereka di dahan pokok, meminum racun ataupun mengambil dadah secara berlebihan. 

Ada juga di antara pendaki yang menemui beberapa peninggalan si mati seperti sepasang kasut orang dewasa dan kanak-kanak, gambar-gambar dan dokumen, dompet dan anak patung perempuan.
Ramai yang percaya bahawa roh-roh si mati di Aokigahara telah mencipta aktiviti paranormal dan menghalang orang yang masuk ke dalam hutan itu dari menemui jalan keluar dan terus terperangkap di dalam hutan tersebut. 
Papan mengenai larangan bunuh diri sebenarnya sudah terpasang di hutan ini. 

Peringatan tersebut sengaja dipasang untuk mencegah semakin banyaknya orang yang ingin bunuh diri di tempat ini. Papan tersebut bertuliskan kata-kata: “Renungkan tentang keluarga dan anak-anak anda, anda tidak hidup seorang diri”.

Pada setiap bulan,ada petugas-petugas yang akan melakukan rondaan untuk memastikan tiada aktiviti bunuh diri yang berlaku di kawasan hutan tersebut.

 Antara tugas mereka yang lain adalah untuk mengalihkan mayat-mayat yang dijumpai dalam rondaan mereka.

FILEM

Pada tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.
Awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang  mengisah 4 sekawan membuat keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara.
 Tomoyuki memberitahu media ketika satu temubual, beliau menjumpai satu dompet yang terisi duit sebanyak 370,000 yen(3760 dollar Amerika) ketika pengambaran di sini. Tidak habis dengan itu, beliau menjumpai bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi!

 Sebab-sebab mengapa mereka sanggup membunuh diri di hutan ini tidak diketahui. berkemungkinan disebabkan masalah kekeluargaan, masalah kerja ataupun masalah kesihatan.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment