Benarkah Priyanka Chopra Bakal Jadi Bridesmaid Meghan? - Bulletin Saya

Monday 30 April 2018

Benarkah Priyanka Chopra Bakal Jadi Bridesmaid Meghan?

0
BenarkahPriyanka Chopra Bakal Jadi Bridesmaid Meghan?

Sejak pengumuman berita pasangan aktres Meghan Markle dan bakal suaminya Prince Harry bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei depan, selain mengenai persiapan, banyak juga pihak mula tertanya-tanya siapakah gerangan pengiring pengantin (bridesmaid) yang bakal mendampingi Meghan pada hari bahagiannya itu nanti.

Sejak berminggu-minggu lalu, nama pelakon jelita Priyanka antara yang disebut-sebut ramai memandangkan dia dikenali sebagai antara kawan baik kepada pelakon drama Suits itu.

Namun belum ada sebarang kenyataan daripada bintang Bollywood yang kini berjaya mencipta nama di Hollywood itu mengenai benarkan dia akan mengiringi Meghan nanti sebaliknya dia membiarkan umum terus berteka-teki.

Bagaimanapun semakin dekat hari perkahwinan pasangan yang menjadi tumpuan dunia itu, akhirnya Priyanka Chopra membuka mulut sekaligus memberi jawapan yang dinanti-nanti ramai.

"Saya tidak menjadi bridesmaid Meghan. Tapi saya sangat bahagia dengan perkahwinan dia.

"Perkawinan mereka tidak hanya mengubah kehidupan mereka berdua, tapi juga mengubah dunia yang memerlukan seorang wanita kuat sekaligus menjadi ikon dunia. Dan saya rasa Meghan punya potensi untuk itu," katanya seperti yang dilaporkan People.

Priyanka juga mengakui tidak sabar mahu melihat Meghan dan Prince Harry melangkah ke depan altar. Sebagai kawan rapat sejak tiga tahun lalu, dia mengambarkan Meghan sebagai seorang yang sempurna untuk mendampingi putera kedua Putera Charles dan Puteri Diana itu.

"Dia adalah gadis yang baik. Ia adalah seorang perempuan yang tidak hanya memikirkan dirinya sendiri, tapi juga bagaimana lingkungan di sekelilingnya. Itulah yang saya suka tentang dirinya," tambah Priyanka.

Dengan jawapan Priyanka itu, perihal siapakah bridesmaid Meghan Markle kembali menjadi tanda tanya ramai. Sementara pendamping atau 'best man' kepada pengantin lelaki pula khabarnya abang Prince Harry sendiri iaitu Prince William.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment