Hari Ini...Ini Keadaan Terkini Nurliana - Bulletin Saya

Friday 20 April 2018

Hari Ini...Ini Keadaan Terkini Nurliana

0
Hari Ini...Ini Keadaan Terkini Nurliana

Seperti dikongsikan adik Liyana dalam fb beliau Eskay Sherry

Setiap pagi jam 8.30 pagi kami akan menunggu dengan penuh cemas dan penuh debaran. Apakah yg akan di maklumkan pada kami oleh doktor tentang status along. Subhanallah Walhamdullillah.

Jam 9.20 Jumaat 20 April 2018

Hari ni Hari ke 5 along masih belum sedar. Doktor memaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan pada along. Jantung along dan paru paru Along berkeadaan lebih baik sedikit berbanding semalam. Tekanan darah agak stabil. Kandungan Co2 dalam range yg biasa. Itu adalah tanda yg positive.

Doktor juga maklumkan yg mereka telah stop beri ubat sedative pada along. Sedative ni yg buat along terus tido sbb situasi along perlu kan sedative ketika itu. Doktor maklumkan bahawa kene tunggu 2-3hari utk ubat sedative tu hilang dari badan untuk along sedar.


Kami juga risau sbb doktor juga maklumkan bahawa 1 lagi pekara yg mereka risau ada lah keadaan otak along sbb Hari sabtu lepas jantung along berhenti agak lama dan semada oksigen sampai ke otak sesuatu yg belum pasti.


Apa pun kami bersyukur yg along masih bersama kami Hari ini walaupun pun masih dlm tahap kritikal.

Terima kasih atas doa yg tak putus dari semua saudara mara.. Sahabat2 dan netizen yg prihatin dan menyokong keluarga kami. Mohon doakan berterusan utk kesembuhan along.

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment