Kate Middleton Selamat Bersalin Anak Ketiga, Sekali Lagi Pakai Baju Sama Bak Puteri Diana! - Bulletin Saya

Tuesday 24 April 2018

Kate Middleton Selamat Bersalin Anak Ketiga, Sekali Lagi Pakai Baju Sama Bak Puteri Diana!

0
Kate Middleton Selamat Bersalin Anak Ketiga, Sekali Lagi Pakai Baju Sama Bak Puteri Diana!

Penantian kelahiran putera ketiga telah berakhir apabila Kate Middleton selamat bersalin semalam.

Bayi lelaki yang masih belum diberikan nama itu lahir pada jam 11:01 pagi dan berat 3.82 kilogram. Perkhabaran ini bukan sahaja mengembirakan kerabat diraja England, malah satu dunia turut menyambut rasa gembira dan teruja dengan bayi diraja yang baru ini.

Foto – Vanity Fair
Foto – Tim Rooke/REX/Shutterstock

Menariknya tentang kelahiran kali ini, Kate Middleton sekali lagi tampil berpakaian bak mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana semasa keluar dari Hospital Lindo Wing.

Foto – E!

Dress merah berkolar peterpan dari rekaan Jenny Packham ini memang iras dengan pakaian Puteri Diana semasa keluar membawa Putera Harry yakni 34 tahun yang lalu.
Semasa melahirkan Putera George pada 2013, Kate juga memberi rasa deja vu dengan memakai dress biru polka dot iras corak Puteri Diana selepas melahirkan Putera William pada 1982. 

Foto – PureWow

Walaupun Kate dan Puteri Diana tidak pernah bertemu tapi rasa hormat dan sayang kepada mendiang ibu mertuanya sangat kuat. 
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment