Kes Nurliyana Yang Kini Kritikal...Ini Kata Doktor Pakar - Bulletin Saya

Tuesday 17 April 2018

Kes Nurliyana Yang Kini Kritikal...Ini Kata Doktor Pakar

0
Kes Nurliyana Yang Kini Kritikal...Ini Kata Doktor Pakar

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ itulah pepatah yang boleh digambarkan keadaan Nurliyana sekarang ini. 
Baru-baru ini, beliau menjadi viral di media sosial selepas media melaporkan penderitaan yang perlu diharunginya sebagai seorang pesakit para tiroid sejak 2016. Tulang rahangnya membesar dan bahagian mulut terkeluar serta turut menjejaskan penglihatan.
Dr Rafidah Abdullah di Facebook memberi respon berkenaan isu ini. Katanya, pesakit tidak akan seteruk itu jika mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Tidak mungkin penyakit jadi teruk sebegini kecuali…

Media Malaysia tidak pernah meminta pendapat Pakar!
Ini lah jadinya jika media kita, masyarakat kita suka cerita viral TANPA selidik betul-betul. Bukan Pakar yang di panggil memberi info penyakit di TV radio suratkhabar. Bukankah lebih elok jika cerita begini dijadikan pengajaran dan kesedaran? Saya tidak kenal pesakit ini, tapi ya saya memerhatikan apa yang diceritakan di media sosial dari London ini.
Tapi, saya kenal KESEMUA rakan-rakan Pakar Nefrologi satu Malaysia. Mereka tidak akan biarkan penyakit Tertiary Hyperparathyroidism ini menjadi sampai ke tahap ini kepada mana-mana pesakit pun.
Penyakit ini adalah komplikasi penyakit kronik buah pinggang; pesakit Dialisis. Pada permulaannya diberi ubat, supaya dapat di kawal bacaan fosfat. Sebab itu kami bebel itu ini supaya anda kawal makanan. Bukan suka-suka kami tak bagi anda makan yang sedap. Kalau fosfat tidak di kawal, penyakit akan teruk dengan kadar yang cepat. Kalau dah tidak boleh di kawal, Doktor akan syorkan buat pembedahan SEBELUM jadi teruk macam ini.
Jadi, tidak mungkin penyakit ini jadi teruk sebegini KECUALI (secara keseluruhan) :
1. Pesakit dan keluarga tidak mahu pembedahan yang telah disyorkan beberapa kali sebelum ini (sebelum timbul komplikasi yang menyukarkan).
2. Pesakit tidak pernah kawal pemakanan dan tahap fosfat. Tidak jaga makan, atau tak makan ubat kebiasaannya dengan aturan yang betul.
3. Di mana keluarga pesakit (suami pun boleh) di saat beliau memerlukan rawatan pemindahan buah pinggang? Apa salahnya tampil ke hadapan untuk memberi pada awal penyakit beliau? Komplikasi sebegini boleh di elakkan.

Nasi sudah menjadi bubur

Saya harap kes ini menjadi pengajaran agar pesakit kami ikut saranan kami dan ahli keluarga tampil ke hadapan untuk memberi buah pinggang. BUKAN dah teruk macam ini, baru nak tunjuk itu ini.
Nasi sudah menjadi bubur. Tahap macam ini, sukar nak buat pembedahan sebab anda perlu mengambil risiko yang SANGAT SANGAT tinggi. Dan kemungkinan fizikal tidak akan pulih seperti normal. Sebab dah TERLAMBAT.
Sebab itu bila Doktor syorkan buat pembedahan, buat. JANGAN tangguh dan beri 1001 alasan. Lepas itu, dah teruk, macam biasa lah; ada (bukan semua) yang menyalahkan orang lain & sendiri tidak mahu bertanggungjawab.
Apa-apa pun, ini keputusan beliau. 
Kasihan? Boleh.
Doakan? Tetap. 
Derma? Terpulang. Tapi kalau buat pembedahan di Hospital kerajaan & tidak mampu, ada caranya untuk membayar bil yang tidak berapa banyak itu.
Tapi TIDAK PERLU mengagungkan; kerana anda TIDAK TAHU cerita sebenar.
Media pun. Bila nak jadi lebih bertanggungjawab? Cuba buat usul periksa dahulu. Tanya yang Pakar.
Jika masyarakat Malaysia prihatin, buktikan. Tampil ke hadapan menjadi penderma buah pinggang untuk ahli keluarga (bincang dengan Doktor merawat pesakit) dan berikrar menjadi penderma organ (www.dermaorgan.gov.my). Komplikasi begini boleh dielakkan dengan pemindahan buah pinggang.
Sila buktikan. Ini peluang anda.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.
PS: parathyroid TIDAK SAMA dengan thyroid. Bila lah media kita nak betul. Kesian yang ada masalah thyroid; tak ada kena mengena antara 2 penyakit itu. Sangat lain. Tak pasal-pasal pesakit thyroid ketakutan!
Sumber : Rafidah Abdullah
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment