Makan Buah Naga,Air Kencing Dan Najis Jadi Merah .Bahaya Atau TIDAK!? - Bulletin Saya

Friday 20 April 2018

Makan Buah Naga,Air Kencing Dan Najis Jadi Merah .Bahaya Atau TIDAK!?

0
Makan Buah Naga,Air Kencing Dan Najis Jadi Merah .Bahaya Atau TIDAK!?

INFO] Buah Exotic Ini Bukan Sahaja Menyebabkan Kencing Bertukar Merah….

Pernahkah anda makan buah naga dan mendapati air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan? 

Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah.

Adakah ia merbahaya? TIDAK!

Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Ianya juga SELAMAT untuk di makan oleh wanita hamil dan waita yang sedang menyusukan anak.

Khasiat Buah Naga

1. Melambatkan Proses Penuaan
Anda tanya sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia. jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan. Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
.
2. Mencegah Kanser
Selain dari Vitamin C, Buah Naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Selain itu, lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat

3. Kesihatan Jantung
-ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Kajian pada 2010 dalam journal Pharmacognosy Research menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

4. Kencing Manis
Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula. Ia juga mampu mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.

5. Penghadaman.
Serat membantu melancarkan system penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh
Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang Sihat
Jika anda tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, anda boleh cuba amalkan buah ini kerana kandungan kalsiumnay yang tinggi serta bebas lemak.

Kajian menunjukkan lebih 90% rakyat Malaysia TIDAK makan buah dalam jumlah yang mencukupi. Ketahulah khasiat sumber semulajadi yang cukup berkhasiat ini yang cukup penting untuk kesihatan anda.

Nak sihat mudah sahaja..
"Mujur Ada Buah"
Kredit: Public Health Malaysia
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment