Tempat Persembunyian Saddam Hussein Ketika Di Tangkap...Sempit Dan Kotor - Bulletin Saya

Tuesday 17 April 2018

Tempat Persembunyian Saddam Hussein Ketika Di Tangkap...Sempit Dan Kotor

0
Tempat Persembunyian Saddam Hussein Ketika Di Tangkap...Sempit Dan Kotor

BAGHDAD 14 Dis. - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein, 66, ditangkap hidup-hidup di Tikrit, utara Iraq di sebuah bilik bawah tanah sedalam dua meter kira-kira pukul 8.30 malam tadi (1.30 pagi ini waktu Malaysia) ketika sedang tidur.

Gambar CNN menunjukkan orang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) itu ditangkap dalam Operasi Red Dawn dengan berkeadaan rambut kusut masai dan berjanggut lebat.
Ketua Pentadbir Awam Amerika Syarikat (AS) di Iraq, Paul Bremer berkata, Saddam ditangkap di sebuah rumah ladang di bandar Adwar, 16 kilometer dari Tikrit.
Katanya, ujian DNA mengesahkan bahawa lelaki yang ditangkap itu ialah Saddam.
Dia kini ditahan di sebuah lokasi rahsia oleh tentera penceroboh.
Bekas diktator yang memerintah Iraq selama 24 tahun itu menyembunyikan dirinya di bawah tanah bagi mengelak dikesan tentera penceroboh.
Seramai 600 tentera penceroboh termasuk pasukan khas yang terlibat dalam operasi itu terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengorek tanah sebelum menemui bilik persembunyian itu.
Turut ditemui bersama Saddam ialah wang tunai dolar Amerika AS$750,000, dua laras AK-47 dan sepucuk pistol.
Bilik itu terlalu sempit dan hanya muat untuk seorang lelaki merangkak masuk.
Saddam berjaya ditangkap selepas tentera penceroboh memburunya lebih lapan bulan sejak perang Iraq berakhir April lalu.
``Tiada sebarang kecederaan. Malah, tidak ada sedas pun tembakan dilepaskan ketika serbuan dilakukan,'' kata seorang pegawai tinggi tentera AS, Leftenan Jeneral Ricardo Sanchez di Baghdad.
Sanchez kemudian menunjukkan rakaman video Saddam berada dalam tahanan dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kenyataan itu menyatakan, Saddam telah ditangkap dalam satu operasi bersama dengan tentera penceroboh diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dan pasukan tentera Kurdis dikenali sebagai Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK).
Ketua Majlis Pemerintah Iraq (GCI), Abdul Aziz Al-Hakim turut menyatakan bahawa ujian DNA mengesahkan bahawa lelaki yang ditangkap itu ialah Saddam.
``Saya dengan rasa gembiranya mengumumkan bagi pihak rakyat Iraq bahawa Saddam kini telah ditahan,'' katanya pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Sepanyol, Ana Palacio di Madrid.
``Satu ujian DNA telah pun dilakukan.''
Seorang pegawai kanan PUK berkata, Saddam ditangkap dalam satu serbuan oleh unit khas PUK diketuai oleh Qusrat Rassul Ali.
Menurutnya, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat bahawa Saddam bersembunyi di sebuah rumah di Tikrit.
Pasukan yang sama juga telah berjaya menahan bekas Naib Presiden Iraq, Taha Yassin Ramadan juga di utara Iraq pada Ogos lalu, katanya.
Jurucakap Kongres Kebangsaan Iraq (INC), Intifadh Qanbar berkata, ketika ditangkap, Saddam berjanggut.
Agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency (IRNA) juga melaporkan mengenai berita penangkapan Saddam dengan memetik kenyataan seorang pemimpin Kurdis, Jalal Talabani
Beribu-ribu penduduk dilaporkan bergegas ke beberapa batang jalan raya di Baghdad bagi meraikan kegembiraan sebaik sahaja berita penangkapan Saddam tersebar.
Mereka melepaskan beberapa das tembakan ke udara dan masing-masing mengucapkan tahniah di antara satu sama lain. -

sumber:Agensi

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment