Untungla Orang Johor...TMJ belanja pengunjung pasaraya RM1 juta - Bulletin Saya

Wednesday 11 April 2018

Untungla Orang Johor...TMJ belanja pengunjung pasaraya RM1 juta

0
Untungla Orang Johor...TMJ belanja pengunjung pasaraya RM1 juta

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan hadir ke Jusco Tebrau City, Johor Bahru lewat petang Rabu.

Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung di situ apabila Tunku Ismail membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.

Beliau turut beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan asas di pasaraya AEON.


"Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi."Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor," ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga mengumumkan untuk membayar perbelanjaan setiap seorang sebanyak RM3,000.

Difahamkan Tunku Ismail membayar lebih kurang RM1 juta keseluruhannya.

sumber:mstar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment