Video Jenazah Saddam Hussein Kelihatan Masih Utuh, Ini Fakta Sebenarnya
AL-AWJAH, Iraq - Di kampung kelahirannya, Al-Awjah, makam diktator Iraq, Saddam Hussein hanya tinggal serpihan konkrit bersama belitan kawat berduri, tiada tanda jenazahnya berada di sana.
Saddam dihukum gantung subuh hari pada 30 Disember 2006 selepas memerintah secara kuku besi selama suku abad. Peristiwa memalukan puak Sunnah itu yang mana Saddam turut tergolong, disambut penuh gembira oleh penduduk majoriti Syiah di Iraq.
Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W. Bush meluluskan supaya jenazah diktator berkenaan dipindahkan ke dalam sebuah helikopter tentera dan diterbangkan dari Baghdad ke bandar Tikrit, dekat Al-Awjah, utara Iraq.
Misteri dan kesangsian berhubung tempat persemadian sebenar lelaki yang namanya menimbulkan ketakutan di hati rakyat Iraq itu kekal sehingga sekarang. Adakah mayatnya masihdi Al-Awjah atau telah dikeluarkan? Jika benar, ke mana jenazahnya dibawa pergi?
Ketua puak Albu Nasser yang juga suku Saddam, Sheikh Manaf Ali Al-Nida berpegang teguh kepada sepucuk surat yang ditanda tangani keluarganya, bersetuju supaya jenazah Saddam segera dikebumikan.
Saddam, 69, ditanam sebelum subuh di makam yang dipilih oleh beliau sendiri beberapa tahun sebelum itu.
Lokasi itu menerima kunjungan ramai penyokongnya dan kanak-kanak sekolah terutama tanggal 28 April, hari kelahirannya.
Hari ini, pelawat memerlukan kebenaran khas untuk melawat makam Saddam yang musnah, manakala Sheikh Manaf pula terpaksa meninggalkan kampung tersebut dan berlindung di wilayah Kurdistan, Iraq.
Sejak pendudukan AS di Iraq pada 2003, puak Albu Nasser ditindas kerana hubungannya dengan Saddam, kata Sheikh Manaf yang memakai jubah dan kufiya puaknya.
"Adakah adil bahawa kami perlu membayar harga tinggi ini dari generasi ke generasi hanya kerana kami berasal daripada keluarga yang sama? katanya kepada Agensi berita AFP.
Di tapak perkuburan Saddam, kumpulan separa tentera Syiah, Hashed Al-Shaabi yang bertanggungjawab mengawal keselamatan setempat menyatakan bahawa makam itu musnah dalam serangan udara Iraq yang menyasarkan militan Daesh.
Sheikh Manaf tiada di tempat kejadian semasa serangan udara itu berlaku tetapi beliau yakin kubur Saddam telah digali dan diletupkan.
“Itu tidak benar, mayatnya masih di kubur tersebut,” kata ketua keselamatan Hashed Al-Shaabi, Jaafar Al-Gharawi.
Salah seorang pejuangnya, bagaimanapun, mendakwa bahawa anak perempuan Saddam yang hidup dalam buangan, Hala telah menggunakan sebuah pesawat peribadi untuk mengangkut jenazah bapanya ke Jordan.
“Tidak, tak mungkin perkara itu berlaku,” kata seorang profesor universiti yang melakukan kajian era pemerintahan Saddam tetapi enggan identitinya didedahkan.
kubur Saddam Hussein
“Hala tidak akan menjejakkan kakinya di bumi Iraq. Jenazah Saddam mungkin dibawa ke satu tempat rahsia. Tiada siapa tahu siapa yang memindahkan atau ke mana ia dibawa,” soalnya kepada AFP.
“Sekiranya telahan saya benar, keluarga Saddam akan merahsiakan lokasi kuburnya,” tambah ilmuwan tersebut.
Namun, sebilangan lagi individu termasuk warga Baghdad, Abu Samer percaya bahawa Saddam masih hidup.
“Saddam tidak mati. Individu miripnya yang menjalani hukuman gantung tersebut,” kata lelaki itu.
Video Jenazah Saddam Hussein Terlihat Utuh, Ini Fakta Sebenarnya
12 tahun sudah tewasnya Saddam Hussein di tiang gantungan. Namun belum lama ini sebuah video tengah viral di jagat maya. Video yang berdurasi 8 menit 37 detik itu, dikatakan sebagai video penggalian makam jasad penguasa diktator itu.
Dalam video itu terlihat jelas wajah mayat Sadam Husein yang terbalut kain kaffan. Ia juga sedang disalat oleh warga di sebuah Masjid. “JENAZAH PRESIDEN IRAQ SADAM HUSEIN MASIH UTUH,” demikian keterangan dalam video yang beredar itu.
Lantas Benarkah itu merupakan jasad Sadam Husein yang masih utuh?
Alarabiya menulis, Bangunan makam Sadam Husein porak-poranda saat konflik antara pejuang oposisi dan militer Iraq pada tahun 2014 lalu. Saat itu pula kuburnya yang dahulunya banyak dikunjungi oleh para kerabat dan pendukungnya, kini tinggal puing-puing bangunan yang berserakan.
Makam Sadam Husein dikatakan telah hilang, bersama dengan makam putra-putranya yang ikut dibunuh pada Juli 2003 oleh Amerika.
Hashd, sebuah unit paramiliter yang menjaga makam trsebut mengatakan, makam itu telah dihancurkan oleh angkatan udara Irak. Mereka berpikir bahwa tubuh Sadam Husein masih berada di bawa puing-puing makam tersebut.
Berbagai spekulsi soal makam Sadam Husein bermunculan. Jaafar al-Gharawi, kepala keamanan setempat bersikeras mengklaim Mayat Sadam Husein masih terkubur di bawah reruntuhan.
Lain sisi, Salah seorang pejuangnya berspekulasi bahwa putri Saddam yang bernama Hala, telah terbang dengan pesawat pribadi dan membawa mayat ayahnya ke Yordania.
Sementara video yang viral tersebut diduga merupakan video prosesi pemakaman Sadam Husein di kampung halamannya sehari setelah dieksekusi mati pada tanggal 31 Desember 2006.
dari pelbagai sumber
dari pelbagai sumber