Cara Betul Bersihkan Bunga Hiasan - Bulletin Saya

Monday 7 May 2018

Cara Betul Bersihkan Bunga Hiasan

0
Cara Betul Bersihkan Bunga Hiasan

Bunga hiasan atau tiruan sering menjadi pilihan kerana berupaya menambahkan rona keceriaan pada ruang.
Meskipun penjagaan bunga hiasan itu jauh lebih mudah, pemilik masih perlu tahu cara membersihkan habuk yang melekat bagi mengelak kerosakan pada elemen hiasan itu. Disenaraikan beberapa tip kaedah membersihkan bunga hiasan dengan mudah.
Membersihkan bunga fabrik sutera
1. Selain kain dan pembersih habuk, anda boleh gunakan pengering rambut atau penyedut hampa gas muncung kecil.
2. Gunakan penyembur cucian sutera khas tapi kosnya lebih tinggi berbanding alternatif lain.
3. Menggunakan garam. Letakkan beberapa sudu besar garam kasar dalam beg plastik. Masukkan bunga dalam plastik sama dan goncang selama satu minit. Anda juga boleh gunakan tepung jagung.
4. Semburan alami iaitu campuran cuka dan air sama banyak, contohnya satu cawan cuka dan satu cawan air. Keringkan selepas bunga itu disembur.
5. Campuran air dan pencuci pinggan mangkuk. Celup bunga dalam air sabun dan gosok perlahan untuk buang habuk tebal. Kemudian ambil tuala untuk keringkan bunga mengelak bunga terlerai.
6. Cuci dengan bersih dan lapkan dengan pelembut fabrik bagi mengurangkan masalah debu tebal.
Membersihkan bunga plastik
1. Boleh menggunakan peralatan mudah seperti penyapu habuk, kain mikrofiber atau pengering rambut.
2. Gunakan jus lemon. Letakkan campuran jus lemon dan air dalam bekas penyembur. Kalau kotoran tebal, boleh gunakan span pencuci pinggan. (Elak guna air panas kerana boleh menanggalkan atau menjejaskan pelekat)
3. Pencuci sesuai dengan material ini ialah jenis mengandungi ammonia D biasanya ada dalam pencuci cermin atau kaca.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment