Misteri Tali Gantung Saidah Ghaib Tiba-tiba - Bulletin Saya

Thursday 3 May 2018

Misteri Tali Gantung Saidah Ghaib Tiba-tiba

0
Misteri Tali Gantung Saidah Ghaib Tiba-tiba

JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di Kalimatan Tengah gempar apabila tali gantung yang digunakan oleh seorang wanita yang baru-baru ini membunuh diri dilaporkan hilang.

Memetik sumber Borneonews, tali jerut yang tergantung pada sebatang pokok di belakang sebuah rumah di Bandar Sampit, Kotawaringin Timur itu hilang pada malam Selasa lalu selepas pihak berkuasa melawat lokasi kejadian.
“Ada pihak tak bertanggungjawab ambil tali berkenaan yang dipercayai untuk digunakan dalam ilmu hitam.
“Namun tidak tahu pihak mana yang tergamak berbuat demikian,” kata jurucakap polis tempatan, Kadek Dwi Sidhimantra seperti yang dipetik portal berkenaan.
Siasatan di lokasi juga mendedahkan, pisau yang digunakan untuk memotong tali gantung tersebut juga ‘ghaib’ dilarikan.
Wanita yang dikenali sebagai Saidah sebelum ini ditemui mati oleh penduduk kampung dengan menggantung dirinya di sebatang pohon mangga di belakang rumahnya, Sabtu lalu.
Mangsa dikatakan telah menghilangkan diri pada petang Jumaat namun akhirnya dijumpai oleh ibu mertuanya di sekitara kawasan belakang rumah mereka.
“Ibu mertua mangsa mencarinya di seluruh kawasan setinggan sehingga ke beberapa rumah jiran namun Saidah masih tidak dijumpai.
“Namun sekitar jam 10 malam, dia menemui Saidah tergantung pada phon mangga di belakang rumah beranak itu,” kata Sidhimantra.
Saidah yang juga ibu tunggal kepada dua anak itu dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan melibatkan perselisahan faham dengan bekas suaminya. 
sumber Borneonews

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment