Penat Berkempen,Main Gasing Dululah!... - Bulletin Saya

Thursday 3 May 2018

Penat Berkempen,Main Gasing Dululah!...

0
Penat Berkempen,Main Gasing Dululah!...

BERMAIN gasing menjadi pilihan melepaskan penat berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) Linggi, Datuk Abd Rahman Mohd Redza.
Katanya, walaupun sibuk dengan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Abd Rahman masih sempat ke gelanggang gasing yang dibina atas cetusan ideanya khusus buat peminat permainan tradisional itu di DUN Linggi.
"Sejak kecil saya suka bermain gasing. Bagi saya, selain baik untuk kesihatan, permainan ini boleh merehatkan minda selepas penat berkerja.



"Apa yang penting, selain beriadah, saya cuba memelihara permainan tradisional supaya tidak lupus ditelan zaman," katanya ketika ditemui hari ini.
Abd Rahman berkata, sempena kempen pilihan raya, beliau juga menjadikan kegiatan itu sebagai cara bercampur gaul dengan masyarakat secara santai.
Penyandang kerusi DUN Linggi itu berkata, beliau yakin BN akan terus mempertahankan kerusi DUN Linggi namun kempen perlu terus dijalankan untuk kemenangan yang lebih besar.
"Saya optimis kita (BN) boleh menang, namun saya perlu turun padang. Banyak lagi pembangunan yang perlu dilaksanakan di kawasan ini dan terbukti kerajaan BN tidak meminggirkan penduduk termasuk di luar bandar seperti Linggi," katanya.

haaaa..hilangkan penat,hilangkan stres...macam tu la

metro
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment