Selepas Dipamerkan, Ini Nasib Kapal Equanimity Milik Jho Low - Bulletin Saya

Wednesday, 8 August 2018

Selepas Dipamerkan, Ini Nasib Kapal Equanimity Milik Jho Low

0
Selepas Dipamerkan, Ini Nasib Kapal Equanimity  Milik Jho Low


Kapal ‘Equanimity’ yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dijangka tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang tengah hari ini, menurut sumber polis.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB.

Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan turut bersuhabat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas pihak berkuasa republik itu kepada Malaysia.

Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.



                          3509430402152ac8240d6e8632fe5eef.jpeg


Selepas dipamerkan, Equanimity dijual pada pembida tertinggi



                            e7af09c87daba04c582ccb0b40d659d3.jpeg


Kerajaan bercadang untuk menjual Equanimity selepas semua dokumen berkenaannya selesai dan juga kemungkinan pameran awam terhadap kapal pesiar mewah itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Peguam negara (Tommy Thomas) akan memastikan semua dokumen lengkap, semua kawalan dikenakan dan jika boleh memastikan setiap aset di dalamnya disenaraikan.

“Dan jika mungkin, saya harap orang awam juga boleh melihatnya. Mungkin bukan keseluruhan kapal, hanya sebahagian (daripadanya),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Selepas itu, katanya lagi, kerajaan akan berusaha menjual kapal berharga RM1 bilion itu kepada pembida tertinggi.

“Kementerian kewangan mahu mendapat nilai terbaik. Maka selepas ia dipamerkan, kapal itu perlu dijual agar rakyat dapat sesuatu (daripadanya).

“Saya tidak tahu berapa banyak (wang) yang kita boleh dapat balik tetapi kita akan cuba (untuk dapatkan) sebanyak mungkin,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengalu-alukan kemasukan kapal itu ke perairan Malaysia dan berharap akan dapat melihatnya sendiri.

“Saya amat bangga aset 1MDB sudah pulang ke Malaysia dan kita harap polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan (berdasarkan) undang-undang negara dan antarabangsa.

“Saya juga mahu pergi dan mengalaminya sendiri kerana kita tidak pernah melihat kapal yang begitu mewah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sumber Mskini

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment