Banglo 12Juta ..Banglo Impian Janna Nick - Bulletin Saya

Wednesday 12 September 2018

Banglo 12Juta ..Banglo Impian Janna Nick

0
Banglo 12Juta ..Banglo Impian Janna Nick

PELAKON Janna Nick mendedahkan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah banglo berharga RM12 juta.

 Janna atau Nurul Jannah Muner, 22, menerusi posting di Twitter berkata, dia hanya akan berkahwin selepas membeli kediaman tersebut.

 "Dapat rumah ini baru boleh kahwin..." tulisnya.


 Rumah idaman Janna

Nick Foto kediaman yang dimuat naik pelakon drama Humairah itu terletak di Langgak Tunku, Bukit Tunku itu berkeluasan 9,000 kaki persegi. Dalam pada itu, rata-rata peminatnya memuji matlamat pelakon berkenaan untuk terus berusaha mencapai impian tersebut.

 Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengusik agar dia mencari jodoh yang mampu membelikan kediaman berkenaan.

 "Jadilah wanita yang punyai matlamat. Insya-Allah. Kalau rasa hilang semangat, putus harapan tengok balik impian pasti tetap bersemangat!" ujar netizen.

Mstar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment