Cara Unik Orang Turki Buat Mihun
Mihun adalah makanan yang dapat dinikmati sama ada secara kering atau berkuah. Terdapat begitu banyak resipi untuk memasak mihun yang pastinya cukup menyelerakan dan mengenyangkan.
Jangan kata orang tua, kanak-kanak pun sukakan mihun kerana teksturnya yang lebih lembut dan mudah untuk dikunyah.
Hujan-hujan begini, kalau dapat menikmati sepinggan mihun goreng berserta air kopi panas pasti menyelerakan bukan? Mungkin makan pun bertambah-tambah. Tetapi bagaimana cara pembuatan mihun ini agaknya? Jom ikuti cara unik pembuatan mihun di Turki. Pasti anda akan terpesona dengannya.

Turki, sebuah negara yang terletak di kedua-dua benua Asia dan Eropah yang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah Doner Kimbab, manisan Lokum yang berwarna-warni dan bermacam-macam lagi.
Bukan hanya terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik malah cara pembuatannya juga unik dan menarik. Seperti cara pembuatan mihuni ini.
Dengan menggunakan kuali leper bulat yang besar, lelaki dalam video ini menunjukkan cara unik untuk menghasilkan mihun.
Dengan menggunakan alatan khas, lelaki ini meletakkan bancuhan tepung di atas kuali yang sentiasa berputar. Jika dilihat caranya seperti membuat roti jala bukan?
Kemudian lelaki tersebut membiarkan bancuhan tepung itu seketika untuk proses pengeringan. Jika dilihat proses itu nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan kepakaran dan kewaspadaan yang tinggi.
Selepas itu, dengan hanya menggunakan tangannya, lelaki tersebut mengumpulkan mihun yang telah mencapai piawaian pengeringan.
Mihun telah siap! Tonton video tersebut untuk melihat sendiri keunikan pembuatan mihun di Turki.
Masakan Turki melambangkan kebesaran negaranya yang kaya dengan nilai-nilai kebudayaan yang telah terpelihara berabad lamanya. Itulah cara mereka menghubungkan keluarga dan masyarakat.
sumber:
Era Barusumber: