Nasi Ulam Mendarat Di Bumi Scotland
Mohd. Tarmizee Mohd. Alwi, 39, yang berasal dari Bachok, Kelantan berkata, dia bagaimanapun mengambil tempahan melalui Facebook terlebih dahulu sebelum menyediakan nasi kerabu.
"Saya dan anak, Aleesya Damia Zahra, 3, sudah tiga tahun menetap di Edinburgh kerana menemani isteri Akmal Adilah Idris, 37, yang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah dalam jurusan Molecular Plant Science di University of Edinburgh.
"Saya jual nasi kerabu secara sambilan untuk mencari duit tambahan serta mengisi masa lapang selain memenuhi permintaan rakan-rakan," katanya.
Menurutnya, nasi kerabu ayam madu yang dibuatnya menggunakan resipi asli dari Kelantan manakala budu serta keropok dihantar oleh ibunya Jarah Hamid, 58, dari kampung.
"Bahan-bahan lain termasuk ulam boleh didapati di sini dan sebungkus nasi kerabu ayam madu dijual dengan harga £4 atau kira-kira RM21.50," ujarnya.
Mohd. Tarmizee memberitahu, dia menerima tempahan antara 35 hingga 125 bungkus setiap kali tempahan dibuka.
Katanya, selain menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah, pelanggan juga boleh mengambil nasi kerabu di tempat dan masa yang telah ditetapkan.
"Alhamdulillah, pelanggan-pelanggan saya terutama pelajar-pelajar dari Malaysia berpuas hati dengan menu yang saya buat," jelasnya.
Tambahnya, penduduk tempatan pernah merasai keenakan nasi kerabu ayam madu ketika dia menyertai program Colours Of Malaysia di Edinburgh tahun lepas. -
sumber-K! ONLINE
sumber-K! ONLINE