Di Anggap Memalukan,Gambar-gambar Ini Di Haramkan Di Korea Utara - Bulletin Saya

Friday, 23 November 2018

Di Anggap Memalukan,Gambar-gambar Ini Di Haramkan Di Korea Utara

0
Di Anggap Memalukan,Gambar-gambar Ini Di Haramkan Di Korea Utara

Korea Utara adalah negara terasing yang mempunyai undang-undang yang sangat pelik dan ketat. Sangat ketat sehinggakan anda tidak boleh lakukan apa yang anda lakukan di Malaysia. 

Malah, anda juga tak boleh sesuka hati mengambil gambar di sekitar negara ini dan hanya dibenarkan mengambil gambar di tempat tertentu yang terkawal dibawa oleh pemandu pelancong.

Kami ingin kongsikan 15 gambar yang diharamkan diambil di Korea Utara, namun jurugambar berjaya menyeludup keluar gambar-gambar ini.



1. Gambar bekalan elektrik Korea Utara terputus

Apabila anda melawat keluarga-keluarga di Korea Utara, pemandu pelancong menyukai jika anda mengambil gambar menunjukkan mereka memiliki komputer. Tetapi apabila tiada bekalan elektrik, mereka akan mengarahkan anda untuk memadamkan gambar tersebut.





2. Gambar wanita dikelilingi

Seorang wanita berdiri di tengah-tengah sepasukan askar. Gambar ini diharamkan kerana pihak berkuasa tidak membenarkan pengambilan gambar tentera Korea Utara.



3. Gambar tentera yang tak "cool"

Tentera Korea Utara dikatakan antara profesion yang paling penting di negara ini, namun jika anda melawati negara ini, anda akan kerap melihat tentera-tentera melakukan kerja-kerja "kotor" seperti membantu para petani (tak cool bagi Kim Jong Un tentera buat kerja seperti itu).

4. Gambar rakyat yang selekeh

Cara berpakaian di Korea Utara adalah sangat penting. Di bandar, anda tak akan dapat melihat orang berpakaian selekeh. Gambar ini menunjukkan para pelajar menari-nari di taman, dan apabila gambar ingin diambil, wanita ini menyuruh lelaki tersebut mengemaskan bajunya.

5. Gambar rakyat kutip rumput untuk dimasak

Gambar seperti ini sudah berleluasa di Barat dan ia dikatakan rakyat Korea Utara yang susah memakan rumput dari taman, dan pemandu pelancong akan berang jika anda mengambil seperti ini.



6. Gambar kanak-kanak liar

Contoh yang sangat jarang dilihat mengenai kanak-kanak yang tidak berdisiplin di Korea Utara. Bas ini sedang dalam perjalanan di sebuah jalan kecil di Samijyon, apabila budak lelaki ini berdiri di tengah-tegah jalan.





7. Gambar hasil seni yang belum siap

Antara pengharaman yang paling pelik dan tak masuk akal. Pelukis ini sedang bekerja menghasilkan mural di Chilbo. Ketika gambar ini diambil, jurugambar dimarahi oleh orang ramai. Disebabkan lukisan ini masih belum siap, gambar ini tidak dibenarkan untuk diambil.





8. Gambar kanak-kanak jadikan jalanraya tempat permainan

Walaupun jumlah kereta di Pyongyang semakin bertambah, namun keluarga petani dan orang miskin masih tidak biasa melihat situasi ini. Kanak-kanak bermain di tengah-tengah jalan besar seperti situasi sebelum ini di mana tiada kereta atas jalan raya.



9. Gambar rakyat kurus kering

Kemiskinan berleluasa adalah satu perkara normal di Korea Utara. Untuk menyembunyikan masalah ini, pengambilan gambar mereka yang kekurangan nutrisi adalahd diharamkan. 





10. Gambar terowong kereta api

Sistem kereta api bawah tanah Pyongyang adalah yang paling dalam di dunia. Ia dibina dengan kedalaman dua kali ganda daripada biasa untuk berfunsi sebagai tempat perlindungan daripada bom. Gambar ini diharamkan kerana ia menyiarkan terowong seperti dalam gambar.



11. Gambar tentera merokok

Jika gambar tentera Korea Utara pun haram di ambil, apatah lagi gambar tentera yang sedang beristirehat sambil menghisap rokok. Kalau pemandu pelancong dapat tahu, pasti sudah hancur kamera dibalingnya.



12. Gambar dolfin tapi ada tentera di dalam gambar

Apabila anda melawatai akuarium Delphinium di Pyongyang, anda dibenarkan mengambil gambar haiwan-haiwan di sana, tetapi diharamkan mengambil gambar tentera yang merupakan 90% daripada penonton.



13. Gambar kanak-kanak yang seronok dengan hanya melihat eskalator bergerak

Kem Perintis Wonsan sering dilawati oleh para pelancong untuk menunjukkan para belia dari seluruh negara sedang bergembira. Namun sesetengah kanak-kanak datang dari luar bandar dan takut untuk menggunakan eskalator kerana mereka tidak pernah melihatnya sebelum ini.


14. Gambar rakyat beratur panjang

Beratur panjang dan dalam tempoh yang lama seperti ini adalah sesuatu yang sangat biasa di Korea Utara. Gambar ini terlarang kerana dianggap memalukan negara mereka.





15. Gambar tempat mandi rakyat biasa

Gambar ini diambil ketika melawat sebuah rumah di kawasan luar bandar. Keluarga-keluarga yang tinggal di sini dipilih dengan berhati-hati oleh kerajaan. Tetapi kemudahan yang dilihat dalam bilik mandi yang menggunakan tangki seperti ini menunjukkan kehidupan yang agak sukar.

Kredit gambar : Eric Lafforgue
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment