Foto Pantai Penarik Pada Teksi Di London...Hebat Bukan? - Bulletin Saya

Wednesday 14 November 2018

Foto Pantai Penarik Pada Teksi Di London...Hebat Bukan?

0
Foto Pantai Penarik Pada Teksi Di London...Hebat Bukan?

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (dua dari kanan), Ariffin Deraman (kanan) dan A. Rahman (tiga dari kiri) bergambar dengan Black Cab yang ditampal dengan pemandangan Pantai Penarik, Setiu di London baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Terengganu mempunyai cara tersendiri mempromosi negeri itu kepada pelancong luar negara apabila menampal pemandangan Pantai Penarik, Setiu pada teksi di London yang dikenali sebagai Black Cab.

Hiasan teksi itu merupakan kempen bergerak untuk mempromosikan Terengganu ketika menyertai Tourism Malaysia Pavilion sempena World Travel Market 2018 pada 5 hingga 7 November lalu di London.

Difahamkan, gambar teksi yang dihiasi pemandangan indah pantai tersebut diketahui ramai selepas dikongsi oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di akaun Facebooknya.

Gambar itu memaparkan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman bergambar dengan teksi tersebut.

Status itu juga mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji langkah proaktif kerajaan negeri mempromosikan Terengganu.

Berdasarkan maklumat, terdapat 21,000 Black Cab di London dan ia merupakan strategi promosi yang berkesan untuk menarik pelancong asing berkunjung ke negeri tersebut.

Semakan mendapati kemasukan pelancong ke London ialah seramai 40.9 juta pada tahun ini manakala pada 2017 pula ialah seramai 39.2 juta dan ia akan memberi impak kepada promosi tersebut.

World Travel Market disertai kira-kira 50,000 pemain industri utama, menteri, wakil kerajaan dan media antarabangsa seluruh dunia dan Terengganu dipilih untuk menyertainya pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (dua dari kanan), Ariffin Deraman (kanan) dan A. Rahman (tiga dari kiri) bergambar dengan Black Cab yang ditampal dengan pemandangan Pantai Penarik, Setiu di London baru-baru ini. - K! ONLINE
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment