Inilah Masaalah Terbesar Jika Putera Charles Jadi Raja
LONDON: Putera Charles, pewaris ‘memberontak’ kepada takhta British akan berdepan kesukaran memenangi hati rakyat Britain dan mungkin menimbulkan risiko kepada pemerintah diraja, jika beliau tidak mengawal pandangan apabila menjadi Raja, kata penulis biografi diraja.
Charles akan menyambut hari kelahiran yang ke 70, minggu depan. Beliau bakal menjadi Raja paling berusia dimahkotakan, jika berjaya menggantikan ibunya, Ratu Elizabeth, 92.
Penulis biografi ‘Rebel Prince’ tidak diluluskan mengenai Charles yang diterbitkan awal tahun ini berkata, putera itu bijak, baik dan sensitif, namun beliau juga mementingkan diri, tidak bersyukur dan suka dengan kemewahan.
Katanya, kedegilan beliau mungkin menimbulkan risiko terhadap institusi monarki sendiri.
“Saya merasakan Charles akan cuba sedaya upaya menjadi raja terbaik. Persoalannya adalah bagaimana kelakuan beliau, sama ada Charles akan meninggalkan sikap lama 20 hingga 30 tahun lalu.
“Saya percaya Ratu dan suaminya, Putera Philip bersyukur hidup lama untuk menghalang anak mereka menjadi raja kerana beliau akan menjejaskannya,” kata Bower.
Kritikan terhadap putera itu bukan baharu. Sejak kegagalan perkahwinan beliau dengan Puteri Diana pada 1990-an, gaya hidup dan pandangan beliau mengenai isu perubahan iklim, agama, perubatan alternatif dan arkitek tidak disambut baik.
Biografi Bower adalah berdasarkan temubual 120 orang termasuk mereka yang pernah bekerja rapat dengan golongan diraja, katanya, putera itu komited dengan isu alam sekitar tetapi tidak boleh menerima kritikan.
“Beliau minat mengkritik tetapi tidak boleh menerima jika dicabar. Beliau seseorang yang bersungguh mahu lakukan perkara baik, namun tidak faham banyak tindakannya mencetuskan pelbagai masalah.
“Beliau juga tidak suka dimaklumkan bahawa beliau mungkin salah dalam melakukan sesuatu,” menurut biografi Bower.
Beberapa bekas pembantu yang bekerja rapat dengan Charles berkata, pelbagai cerita dalam buku Bower tidak benar. Putera sendiri menafikan cerita bahawa beliau membawa bersama tandas duduk sendiri ke mana-mana.
sumber:Metro