Kerana Tidak Mahu Kelihatan Seperti Monyet,Ini Cara Pelik Ratu Elizabeth Makan Pisang - Bulletin Saya

Sunday, 25 November 2018

Kerana Tidak Mahu Kelihatan Seperti Monyet,Ini Cara Pelik Ratu Elizabeth Makan Pisang

0
Kerana Tidak Mahu Kelihatan Seperti Monyet,Ini Cara Pelik Ratu Elizabeth Makan Pisang

Baru-baru ini, chef Diraja British, Darren McGrady, telah ditemuramah oleh majalah Harpers Bazaar UK berkenaan menu dan jenis masakan yang sering dihidangkan di Istana Buckingham.

Jangan terkejut kerana chef Darren telah mendedahkan bahawa Queen Elizabeth tidak makan pasta, ubi kentang ataupun bawang putih!

Chef Darren telah menjadi tukang masak istana selama 15 tahun. Dia memberitahu bahawa Ratu England itu tidak makan sebarang makanan berkanji melainkan ia dihidangkan pada jamuan makan malam kerajaan. Pada hari-hari lain, diet hariannya hanya melibatkan ikan atau ayam yang dipanggang dengan dua jenis sayur-sayuran.


chef darren mcgrady tukang masak istana buckingham

Selain hidangan itu, Queen Elizabeth juga gemarkan hidangan salad dan buah-buahan segar.

Bercakap tentang buah, Queen Elizabeth mempunyai cara tersendiri apabila hendak memakan sebiji pisang. Baginda akan memotong kedua-dua bahagian hujung pisang dan membelah pisang secara memanjang. Kemudian, isi pisang akan dihiris kecil-kecil untuk dimakan menggunakan garfu.


cara queen elizabeth makan pisang

Ratu England ini tidak gemarkan bawang putih dan para tukang masak diberitahu agar tidak menggunakannya dalam masakan. Makanan yang terlalu banyak bawang juga perlu dielakkan.

Apabila memakan menu daging seperti steak, baginda lebih sukakan daging yang dimasak dengan secukupnya (well done). Baginda tidak akan sekali-kali dihidangkan daging yang mentah atau tidak cukup masak.

pelbagai sumber
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment