Pelancong Malaysia Boleh Rasa Jadi Jutawan Jika Anda Pergi ke 8 Buah Negara Ini - Bulletin Saya

Saturday 17 November 2018

Pelancong Malaysia Boleh Rasa Jadi Jutawan Jika Anda Pergi ke 8 Buah Negara Ini

0

Pelancong Malaysia Boleh Rasa Jadi Jutawan Jika Anda Pergi ke 8 Buah Negara Ini


Melancong ke luar negara merupakan salah satu aktiviti kegemaran rakyat Malaysia. Antara destinasi popular sudah tentulah Indonesia dan Vietnam kerana nilai ringgit yang lebih besar berbanding dengan matawang negara-negara ini.
Tetapi apa yang ramai tidak tahu, terdapat beberapa buah negara lain yang boleh membuatkan pelancong dari Malaysia rasa seperti seorang jutawan.
#1. Sri Lanka
– 1 Ringgit Malaysia bersamaan dengan 37.31 Rupee
Nilai mata wang yang rendah di Sri Lanka India telah membuatkan ramai pelancong yang suka melancong di sana. Bayangkanlah dengan hanya bermodalkan RM60 sahaja, anda sudah boleh tidur di hotel yang selesa tanpa perlu bermalam di hostel yang kurang selesa.
Bukan itu sahaja kos pengankutan di Sri Lanka merupakan kos yang amat murah, bayangkan jika anda menaiki bas dengan mengambil masa perjalanan selama 3 jam anda hanya perlu membayar sebanyak sebanyak 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.68 hingga RM5.27 sahaja.
Mengenai makanan pula, bayangkan dengan RM7 sahaja anda boleh mendapat set makanan yang mempunyai nasi briyani, ayam goreng, telur dan ikan goreng.
#2. Indonesia
– 1 Ringgit Malaysia bersamaan dengan 3,277.22 Rupiah.
Indonesia juga merupakan antara negara yang mempunyai nilai mata wang yang rendah, maka tidak tairanlah terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.
Hotel di Indonesia juga lebih murah berbanding di Sri Lanka, kerana anda boleh dapatkan hotel di Indonesia dengan harga serendah 167,138.27 Rupiah atau bersamaan dengan RM51 sahaja.
Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Indonesia yang anda boleh lawati contohnya Bali atau Bandung.
Dari segi kos makanan pula, anda boleh dapatkan semangkuk bakso dan nasi goreng dengan harga serendah RM2 sahaja manakala harga untuk pisang goreng pula hanya 15 sen sahaja hingga 35 sen sahaja, murah tak?.
Bagi kos pengankutan pula bermula dari serendah 20 sen mengikut jarak tempat yang anda ingin kunjungi.
#3. Vietnam

– 1 Ringgit Malaysia bersamaan dengan 5,513.13 VD
Vietnam sangat terkenal dengan pantai dan bandar-bandar lama yang indah. Vietnam juga mempunyai nilai mata wang yang mempunyai nilai mata wang yang rendah dari kita, maka jika anda melancong ke Vietnam anda boleh menikmati pelbagai keunikkan makanan dan budaya tanpa perlu berbelanja lebih.
Dengan berbekalkan RM30 sahaja anda sudah boleh tinggal di hotel yang selesa di Vietnam, murah bukan?
Bagi kos makanan pula anda boleh RM4 sudah mencukup untuk sepinggan nasi ayam yang mungkin agak mahal untuk standard penduduk di Vietnam.
#4. Nicaragua
– 1 RM bersamaan dengan 7.48 Nio
Nicaragua merupakan salah negara yang terbesar di Amerika Tengah. Tarikan Nicaragua terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan budaya tempatan yang menarik.
Anda boleh dapati penginapan hotel dengan harga serendah atau 179.44 atau RM24.92, manakala bagi kos makanan pula anda boleh dapati dengan bermula serendah RM5 sahaja.
#5. Romania

– RM1 bersamaan dengan 0.95 RON
Sekiranya anda seorang penggemar seni, Romania merupakan salah satu negara yang mesti anda kunjungi. Di sini, anda boleh tinggal di hostel dengan harga dari serendah 31.71 RON (RM33.28) sahaja.
Bagi makanan pula, anda boleh mendapat makanan halal yang lazat dengan harga RM15 harga. Kos untuk pengangkutan juga murah di sini, anda boleh menaiki bas dan kereta api dengan harga RM4.00 sehala.
#6. Afrika Selatan
– RM1 bersamaan dengan 3.40 ZAR
Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang negara itu Datanglah ke sini pada bulan Mac ke Mei dan September ke Oktober di mana tidak terlalu ramai pengunjung dan cuaca yang terbaik. Trip ke safari, muzium dan banyak tempat menarik lain akan menjadikan percutian anda ke sini sangat memorable.
#7. Kemboja
– RM1 bersamaan dengan 986.16 KHR
Merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife meskipun Kemboja merupakan sebuah negara yang kurang maju jika mahu dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam.
Makanan boleh didapati dari harga RM4.16-12.48 di restoran-restoran tempatan dan penginapan bermula dari harga RM16.64-83.20. Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga RM54.03.
#8. Turki
– RM1 bersamaan dengan 0.96 TRY
Terkenal dengan jolokan tempat pertemuan budaya Timur dan Barat, makanan yang menyelerakan juga pemandangan yang menakjubkan, Turki merupakan salah sebuah negara yang wajib anda kunjungi sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup.
Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga RM8.32 dan hostel boleh anda diami dengan harga RM83.20 semalam Pengangkutan juga boleh didapati dalam harga yang berpatutan.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment