Hotel Kotor...Tuala Di Simpan Bersama Tong Sampah - Bulletin Saya

Friday 7 December 2018

Hotel Kotor...Tuala Di Simpan Bersama Tong Sampah

0
Hotel Kotor...Tuala Di Simpan Bersama Tong Sampah

TIDAK lama selepas beberapa hotel di China didedah menggunakan tuala kotor yang sama untuk membersihkan tandas dan cawan, terbaharu pegawai pemeriksa menemui satu lagi isu kebersihan di hotel kelas pertengahan di wilayah utara Shanxi.

Pegawai kesihatan dari ibu kota wilayah Taiyuan mendapati tuala bersih di hotel itu disimpan bersama kasut dan makanan yang sudah dimakan, dalam satu pemeriksaan pada Selasa.

Menurut China News Service, pemeriksaan mendapati beberapa hotel bukan sahaja tidak mematuhi peraturan kebersihan untuk mensterilkan peralatan pengguna, malah mereka juga tidak memantau tahap udara, air, cahaya dan bunyi seperti yang diperlukan.

Pemeriksa kesihatan memberi contoh kes di sebuah hotel di kawasan pusat bandar, sebahagian daripada francais Jinjiang Inn, yang mana tuala bersih disimpan di dalam bilik kecil bersama tong-tong sampah.

Peraturan menetapkan tuala di kabinet tidak boleh diletakkan bersama barangan lain.
Di dalam kabinet tuala itu juga terdapat kotak kasut lelaki, setengah bungkus biji melon dan alat mekap milik pekerja hotel, kata para pegawai.

"Barang-barang ini mungkin tak bersih dan tak boleh disimpan bersama barang yang telah dibersihkan, jika tidak akan berlakulah pencemaran silang," kata seorang pemeriksa.

Pegawai juga menemui barang-barang di bilik pemsterilan hotel yang sepatutnya tidak berada di situ selain dua pekerja tidak mempunya sijil kesihatan yang diwajibkan.

Bulan lepas, Huazong, selebriti dalam talian di China memuat naik video di mana beberapa tukang cuci di hotel lima bintang dilihat menggunakan tuala yang sama untuk membersihkan cermin bilik mandi, sinki, tandas dan cawan minum.

Seorang netizen menulis di Weibo: "Kalau hotel mahal pun ada masalah kebersihan, saya tak dapat bayangkan betapa buruk keadaan di hotel lain?"

sumber -SCMP

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment