Homeschooling Untuk Anak-anak.Ibu Bapa Sila Ambil Tahu - Bulletin Saya

Thursday 17 January 2019

Homeschooling Untuk Anak-anak.Ibu Bapa Sila Ambil Tahu

0
Homeschooling Untuk Anak-anak.Ibu Bapa Sila Ambil Tahu

KUALA LUMPUR: Pendidikan di rumah atau lebih dikenali sebagai home schooling kini menjadi antara salah satu pilihan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak.

Jika anda merancang untuk meletakkan anak-anak anda home schooling, ini antara panduan yang dikongsi oleh Mohd Ridzuan Abdul Ghani, seorang bapa dan salah seorang tenaga pengajar di ICS Learning Resources, yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam kaedah ini.

Apa itu home schooling?

Pendidikan tanpa memerlukan seorang kanak-kanak ke sekolah biasa. Ada beberapa cara untuk melaksanakan home schooling, antaranya menggajikan tutor ke rumah, belajar secara atas talian atau ibu bapa sendiri bertindak sebagai tenaga pengajar.

Homeschool 101

1. Tetapkan hala tuju pendidikan keluarga
Penting untuk mempunyai objektif dan garis masa. Kenalpasti apa yang mahu dicapai dan bila.

2. Tentukan siapa guru besar
Sukar untuk bergerak ke arah yang dimahukan jika kapal mempunyai dua nakhoda. Justeru perlu ada seorang ketua yang jelas, ibu atau ayah.

3. Tentukan tugas masing-masing
Suami dan isteri perlu tahu peranan masing-masing. Anak-anak juga perlu dijelaskan tentang objektif utama.

4. Jadual tetap bukan satu keperluan
Ibu bapa boleh bincang dan tetapkan apa yang ingin dicapai pada hari itu.

5. PIES
Empat aspek pembangunan; physical (fizikal), intellectual (intelek), emotional (emosi) dan
spiritual (rohani). Kesemua aspek ini perlu 'dihidupkan' pada setiap saat kerana anak-anak sentiasa melihat dan mendengar.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment