Walau Hanya Rumah Kayu Ala Kampong Tapi Hiasan Dalamannya Sangat WOW!! - Bulletin Saya

Wednesday 27 March 2019

Walau Hanya Rumah Kayu Ala Kampong Tapi Hiasan Dalamannya Sangat WOW!!

0
Walau Hanya Rumah Kayu Ala Kampong Tapi Hiasan Dalamannya Sangat WOW!!

Cabaran menghias rumah kampung peninggalan keluarga agar terlihat moden dan cantik tentu ada kesukarannya yang tersendiri. 

Pun begitu, dengan sentuhan magis Puan Siti Jamilah Ahmad ini, siapa sangka rumah kayu yang dihuni terlihat indah dan kemas bergaya pada dekorasi dalamannya.


Mengetahui kisahnya lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.

Saya sekeluarga tinggal di rumah ini sejak lepas kahwin, ini memang rumah turun temurun peninggalan famili. kalau hendak dilihat, renovation hanya saya lakukan pada bahagian dapur. Di mana saya sudah ubah suai buat batu, cuma bahagian asal rumah saya tak usik. Sekadar buat pun cat dan tampal walpaper sahaja.




Kiranya sekarang ini saya tinggal di rumah ini bersama anak beranak, 6 orang semuanya. Anak-anak semua sudah besar, anak sulung 23 tahun usianya dan yang bongsu akan duduki peperiksaan SPM  tahun ni,  yang lain semua kat U.


Bercerita tentang konsep dekor rumah ini, sebenarnya saya sendiri yang tentukan. Saya memang minat konsep moden. Kalau hendak dibanding antara saya dan suami dalam hal cerewet menghias ni, kira senang cakap dua-dualah cerewet.



Jadi situasi rumah ini memang beginilah dari masa anak-anak masih kecil hinggalah sekarang sudah besar panjang. Saya akan pastikan rumah akan sentiasa kemas dan bersih. Anak-anak masa kecil dulu memang saya  didik agar tidak usik barang-barang.






Barang deco kebanyakan saya suka beli kedai eco sebab murah boleh bajet, jika ada bajet lebih saya suka pergi ikea dan kaison.

sumber : Paradise Paradise Yameela
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment