Foto Menarik Perkahwinan Sultan Muhammad V tersebar - Bulletin Saya

Monday, 1 April 2019

Foto Menarik Perkahwinan Sultan Muhammad V tersebar

0
Foto Menarik Perkahwinan Sultan Muhammad V tersebar

FOTO menunjukkan Sultan Muhammad V dan Voevodina berpimpin tangan dalam satu majlis dipercayai resepsi perkahwinan pasangan itu di Rusia tahun lalu yang tersebar di media sosial.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kembali tersebar di platform media sosial, Instagram selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin semalam.
Gambar perkahwinan itu antara lain turut me­maparkan Sultan Muhammad V yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru sedang memotong kek bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Selain gambar memotong kek, jurugambar Rusia itu turut memuat naik beberapa keping gambar lain antaranya memaparkan aksi berpegangan tangan antara Sultan Muhammad V dan Voevodina selain potret bekas Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.
Sebelum ini, portal be­rita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.
Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai model peragaan di China dan Thailand.
Pada 29 November lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V.
Dalam pada itu, pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sekali gus menjadi sultan pertama yang berbuat demikian ketika memegang jawatan tertinggi negara itu.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana dan ia masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.


Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment