Gurauan Kain Kapan Sebelum Mati Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas - Bulletin Saya

Friday 19 April 2019

Gurauan Kain Kapan Sebelum Mati Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas

0
Gurauan Kain Kapan Sebelum Mati Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas

Remaja yang maut tertimbus di Ladang Fokud Bonanza Biak A, Dabong sempat berseloroh dengan ibunya dia akan pakai kain kapan atau baju pengantin terlebih dahulu beberapa hari sebelum kejadian.

Ketika itu, mngsa , Mohamad Amirasyraf Azman,17, berehat bersama ibunya, Siti Rohasni Abd Rashid, 40,di kediaman mereka di Biak.

Bapanya, Azman Abdullah, 46,berkata, isterinya yang mendengar kata-kata anak kedua daripada enam beradik itu tidak menduga itu petanda anaknya akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.


” Isteri cuma tegur anak jangan cakap macam tu. Saya pun tak tahu-menahu perbualan isteri dengan Allahyarham dan hanya tahu selepas anak tertimbus.

” Saya paling rapat dengan Allahyarham, tapi tak nampak sebarang perubahan sebelum dia meninggal,” katanya ketika menceritakan hari-hari terakhir anaknya selepas jena zah remaja itu dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Kemubu pada jam 11 pagi.

Sempat belanja rakan-rakan

Azman berkata, Allahyarham juga turut membelanja rakan-rakannya makan beberapa hari sebelum kejadian selain kelihatan begitu ceria.

” Allahyarham beritahu kawan-kawan dia belanja mereka buat kali terakhir, lepas itu juga dia tidak mahu masuk lagi ke Ladang Bonanza.

” Kawan-kawan tak syak apa-apa dan hanya anggap dia bergurau,” katanya.
Bapa kepada enam anak ini berkata, pada hari kejadian Allahyarham turut meminta dia berehat sementara dia yang mendulang.

Semalam, Sinar Harian melaporkan remaja yang hanya bersekolah hingga tingkatan dua tertimbus di Ladang Bonanza ketika mendulang bersama bapanya.
Ma yat mngsa ditemui penduduk kira-kira jam 6.45 petang.

Tertimbus ketika sedang mendulang emas

Terdahulu media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mat1 tertimbus ketika menyedut pasir untuk mendulang emas di Kampung Biak, Dabong kira-kira jam 6 petang tadi.

Mngsa dikatakan ke tempat kejadian selepas Zuhur bersama bapanya, 46.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, tidak lama kemudian ketika mereka berada di sana, mngsa didapati tertimbus.
” Bapa mngsa yang menyedari kemudiannya mencari anaknya, namun gagal.

” Kejadian kemudiannya dimaklumkan kepada penduduk serta polis.

” Ma yat mngsa ditemui oleh bapa mangsa serta penduduk sekitar jam 6 petang,” katanya.
Wan Fauzi berkata, jena zah mngsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kemat1an.

Pihak admin mengucapkan takziah kepada keluarga mngsa dan mendoakan Allahyarham Mohamad Amirasyraf Azman diampuni dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh. Amin..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian via rimbabara
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment